LESEN PERCUMA 2025 DAFTAR ONLINE : SEMAK SYARAT DAN CARA PERMOHONAN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan pelaksanaan Program MyLesen B2 dengan penambahan sebanyak 10,000 kuota peserta bagi separuh tahun kedua ini. Langkah tersebut diambil bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta para pelajar mendapatkan lesen motosikal kelas B2 secara sah. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata keputusan itu dibuat susulan kejayaan fasa pertama program MyLesen B2 yang telah memberi manfaat kepada lebih 15,000 peserta sebelum ini.
Ikuti info lanjut tentang cara daftar lesen percuma 2025 dan semak kelayakan secara online.
BACA JUGA: Bantuan Rm1200 Pelajar IPT Sarawak
SYARAT PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Bagi mencapai golongan sasar, beberapa syarat telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Sihat dari segi fizikal dan mental.
- Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan.
- Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.
TARIKH PERMOHONAN MYLESEN B2 2025
Tarikh permohonan bagi lesen percuma B2 bermula 30 Oktober 2025 dan mengikut kuota yang ditetapkan JPJ bagi negeri masing-masing. Pendaftaran akan ditutup sekiranya kuota yang ditetapkan telah penuh. Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan Program MyLesen B2 ini pemohon disarankan sentiasa mengikuti pengumuman rasmi daripada JPJ.
CARA DAFTAR ONLINE LESEN PERCUMA 2025
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi JPJ di laman rasmi : https://www.jpj.gov.my/
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025
- Lengkapkan maklumat pemohon di ruangan yang disediakan
- Sertakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport]
- Seterusnya, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut
- Setelah borang permohonan diterima, pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
- Pemohon mesti hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal
- Selesai
BORANG PERMOHONAN LESEN PERCUMA
Borang permohonan lesen memandu B2 percuma adalah seperti dibawah:
PENAFIAN
Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah bertujuan untuk rujukan dan pengetahuan umum sahaja. Pihak kami tidak mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau mana-mana agensi kerajaan yang terlibat dalam program MyLesen B2 2025. Segala butiran seperti syarat kelayakan, tarikh permohonan, dan prosedur adalah berdasarkan maklumat terkini yang tersedia pada waktu penulisan.
Kami menggalakkan pembaca untuk merujuk laman web rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my atau menghubungi institusi memandu yang berdaftar untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini.Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan, kesilapan, atau kerugian yang timbul akibat penggunaan maklumat dari artikel ini.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah. Anda juga boleh terus ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- e-Mel: [email protected]
Bantuan lesen percuma B2
Nak daftar lesen b2percuma
Ye
Saya nak mohon lesen percuma B2
saya nak mohon lesan percuma
Saya mahu daftar lesen memandu percuma pada tahun 2025
macam mna nkisi online
Bantuan percuma lesen memandu D
Ye nak daftar lesen B2 percuma.
Yeh nak bantuan lesen memandu
Yeh nak bantuan memandu b2 percuma
Nak bantuan lesen percuma
Nak Buat BANTUAN B2 PERCUMA
NAK BUAT BANTUAN LESEN MEMANDU B2 PERCUMA
saya nak daftar lesen B2
saya nak mohon lesen percuma
Permohonan lesen b2
saya mohon daftar lesen b40
Saya nak mohon lesen percuma
masih lagi terbuka ke program mylesen B2 NIE.kalau terbuka macam mana nak mohon ye?
Saya nk mohon lesen percuma
Saya mau ambil lesen percuma
Saya mahu memohon lesen secara percuma di 2025
Saya mahu memohon lesen secara percuma di tahun 2025
Saya mahu lesen percuma