PERMOHONAN BINGKAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON BANTUAN RM300 SEBULAN
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS 2026) diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu keluarga berpendapatan rendah (B40) menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Penerima layak akan menerima bantuan tunai RM300 setiap bulan bagi membeli barangan keperluan asas di kedai panel terpilih. Permohonan BINGKAS 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi mulai 1 November 2025.
Artikel ini akan menerangkan cara permohonan, syarat kelayakan dan langkah semakan status BINGKAS 2026 dengan mudah dan cepat.
BACA JUGA: BANTUAN ANAK SELANGOR 2025
APA SYARAT KELAYAKAN BINGKAS 2026?
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon supaya bantuan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk permohonan BINGKAS 2026 ialah:
- Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor, atau menetap lebih 10 tahun di negeri ini.
- Ketua keluarga berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak.
- Tidak menerima bantuan lain daripada kerajaan negeri atau agensi persekutuan yang serupa.
KELEBIHAN BINGKAS KEPADA RAKYAT SELANGOR
Program BINGKAS 2026 diperkenalkan bagi membantu keluarga di Selangor menampung keperluan harian tanpa terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat. Antara kelebihannya ialah:
- Bantuan kredit RM300 setiap bulan untuk pembelian barangan asas.
- Boleh digunakan di lebih 1,000 kedai panel seluruh Selangor.
- Pembelian dilakukan dengan mudah melalui aplikasi SELANGKAH.
- Membantu keluarga mendapatkan keperluan asas tanpa perlu berbelanja tunai.
SENARAI BARANG ASAS & PANEL KEDAI BINGKAS
Penerima BINGKAS 2026 boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas di kedai panel yang diluluskan oleh kerajaan negeri. Program ini memberi kebebasan kepada keluarga memilih barangan dapur, kebersihan dan keperluan bayi mengikut keperluan masing-masing. Antara butirannya ialah:
- Makanan utama: beras, tepung, gula, minyak masak, susu, roti dan telur.
- Produk segar: sayur, buah-buahan, ayam, ikan dan daging.
- Keperluan bayi: susu formula, lampin pakai buang, tisu basah.
- Barangan isi rumah asas: sabun, pencuci pakaian, detergen, ubat gigi.
- Barangan keperluan harian lain (tidak termasuk barangan mewah).

Kredit BINGKAS boleh digunakan di lebih 1,000 kedai panel di seluruh Selangor. Selain pasar raya besar, banyak juga kedai runcit tempatan yang menyertai program ini sebagai rakan niaga. Pembelian boleh dilakukan terus melalui aplikasi SELANGKAH tanpa memerlukan wang tunai atau kad bank. Antara kedai rakan niaga yang terlibat ialah:
- Econsave
- 99 Speedmart
- Mydin
- Segi Fresh
- Hero Market
- Pasar mini tempatan berdaftar
Maklumat Tambahan: Untuk senarai penuh dan lokasi terkini, layari: https://bingkasselangor.com/panel-kedai
Atau semak terus dalam aplikasi Selangkah di bahagian “Rakan Niaga BINGKAS”.

PERMOHONAN BINGKAS 2026
Permohonan baharu BINGKAS 2026 telah dibuka bagi memberi peluang kepada lebih ramai keluarga menikmati kemudahan bantuan tunai digital yang mudah dan selamat. Pemohon layak boleh membuat permohonan secara atas talian melalui portal rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/. Berikut ialah langkah lengkap permohonan BINGKAS Selangor 2026:
- Layari portal rasmi BINGKAS Selangor : https://bingkasselangor.com/
- Klik butang “Daftar Permohonan Baharu”.
- Isi maklumat peribadi, keluarga dan pendapatan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan seperti:
- Kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Sijil lahir anak.
- Bil utiliti sebagai bukti alamat.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan.
- Semak status selepas 14 hari bekerja.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BINGKAS 2026 SELEPAS PERMOHONAN?
Untuk menyemak keputusan permohonan BINGKAS 2026, pemohon boleh log masuk ke laman rasmi BINGKAS Selangor atau menggunakan aplikasi SELANGKAH. Antara langkah-langkah semakan status permohonan BINGKAS 2026 yang perlu diikuti ialah:
- Layari https://bingkasselangor.com/.
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Status akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau TIDAK LAYAK.
PENGAKTIFAN AKAUN MELALUI APLIKASI SELANGKAH
Penerima yang telah diluluskan perlu mengaktifkan akaun melalui aplikasi SELANGKAH sebelum boleh menggunakan kredit BINGKAS. Berikut ialah langkah dan perincian pengaktifan akaun:
- Muat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play atau App Store.
- Daftar akaun menggunakan nombor telefon dan IC.
- Pilih menu “Dompet BINGKAS”.
- Aktifkan akaun dan semak baki kredit RM300.
- Gunakan aplikasi untuk membayar di kedai panel berdaftar.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tak perlu. Bantuan BINGKAS sah selama dua tahun. Bila tempoh hampir tamat, anda cuma perlu kemas kini maklumat dalam sistem.
Penerima akan dapat notis pada bulan ke-22 (sebelum genap dua tahun). Dari situ, ada dua bulan masa untuk kemas kini maklumat.
Semak sahaja dalam aplikasi Selangkah atau hubungi pejabat khidmat masyarakat kawasan anda.
Ya, sebab semua transaksi BINGKAS dijalankan melalui e-wallet dalam aplikasi tu.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan BINGKAS 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi BINGKAS: https://bingkasselangor.com/
- Talian Bantuan BINGKAS: 1800-22-6600
- E-mel: [email protected]