PENDAFTARAN BINGKAS SELANGOR 2026 : SEMAK CARA MOHON BANTUAN RM300 SEBULAN
Kerajaan Negeri Selangor terus komited membantu rakyat melalui inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Program BINGKAS Selangor 2026 diperkenalkan bagi meringankan beban keluarga yang terkesan selepas pandemik, dengan pemberian bantuan tunai kepada 30,000 keluarga di seluruh negeri. Melalui BINGKAS 3.0, kriteria kelayakan telah dipertingkat dengan memberi peluang kepada anak yang menanggung ibu bapa warga emas untuk menerima bantuan sebanyak RM300 setiap bulan.
Maklumat lengkap telah disediakan di bawah tentang kelayakan, semakan status dan cara pendaftaran BINGKAS Selangor.
BACA JUGA: BANTUAN ANAK SELANGOR 2025
APA SYARAT BAGI PENDAFTARAN BINGKAS SELANGOR 2026?
Setiap pemohon perlu menepati beberapa syarat kelayakan sebelum pendaftaran BINGKAS Selangor mereka dipertimbangkan. Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah:
- Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor, atau menetap lebih 10 tahun di negeri ini.
- Ketua keluarga berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak.
- Mempunyai tanggungan ibu/bapa warga emas.
- Tidak menerima bantuan lain daripada kerajaan negeri atau agensi persekutuan yang serupa.
KELEBIHAN BINGKAS SELANGOR
Melalui pendaftaran Program BINGKAS Selangor, kerajaan negeri berusaha memastikan isi rumah di Selangor tidak terbeban dengan kos sara hidup dan mampu menampung keperluan seharian. Antara kelebihannya:
- Bantuan kredit RM300 setiap bulan untuk pembelian barangan asas.
- Boleh digunakan di lebih 1,000 kedai panel seluruh Selangor.
- Pembelian dilakukan dengan mudah melalui aplikasi SELANGKAH.
- Membantu keluarga mendapatkan keperluan asas tanpa perlu berbelanja tunai.
PENDAFTARAN / PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR
Pemohon layak boleh mengisi permohonan dalam talian melalui https://bingkasselangor.com/. Langkah-langkah pendaftaran BINGKAS Selangor adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi BINGKAS Selangor: https://bingkasselangor.com/
- Klik butang “Daftar Permohonan Baharu”.
- Isi maklumat peribadi, keluarga, dan pendapatan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan sijil lahir anak.
- Bil utiliti (bukti alamat Selangor).
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan.


CARA SEMAK STATUS BINGKAS SELANGOR SELEPAS PENDAFTARAN
Keputusan permohonan boleh disemak secara mudah melalui laman rasmi BINGKAS atau aplikasi SELANGKAH. Langkah-langkah semakan keputusan selepas pendaftaran BINGKAS Selangor adalah seperti berikut:
- Layari https://bingkasselangor.com/.
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Status akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau TIDAK LAYAK.
BAGAIMANA NAK AKTIFKAN AKAUN MELALUI APLIKASI SELANGKAH?
Selepas pendaftaran BINGKAS Selangor diluluskan, penerima perlu mengaktifkan akaun menerusi aplikasi SELANGKAH untuk mula menggunakan kredit bantuan. Berikut panduan pengaktifan akaun:
- Muat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play atau App Store.
- Daftar akaun menggunakan nombor telefon dan IC.
- Pilih menu “Dompet BINGKAS”.
- Aktifkan akaun dan semak baki kredit RM300.
- Gunakan aplikasi untuk membayar di kedai panel berdaftar.

KATEGORI BARANGAN ASAS & SENARAI KEDAI BINGKAS
Melalui program BINGKAS, penerima boleh berbelanja di kedai panel kerajaan negeri untuk mendapatkan barangan asas yang diperlukan. Antara keperluan yang boleh dibeli termasuk makanan, produk kebersihan dan barangan bayi. Butiran lanjut adalah seperti berikut:
- Makanan utama: beras, tepung, gula, minyak masak, susu, roti dan telur.
- Produk segar: sayur, buah-buahan, ayam, ikan dan daging.
- Keperluan bayi: susu formula, lampin pakai buang, tisu basah.
- Barangan isi rumah asas: sabun, pencuci pakaian, detergen, ubat gigi.
- Barangan keperluan harian lain (tidak termasuk barangan mewah).

Lebih 1,000 kedai panel di seluruh Selangor kini menerima penggunaan kredit BINGKAS, termasuk pasar raya besar dan kedai runcit tempatan. Pembelian boleh dilakukan secara tanpa tunai melalui aplikasi SELANGKAH. Antara contoh kedai rakan niaga ialah:
- Econsave
- 99 Speedmart
- Mydin
- Segi Fresh
- Hero Market
- Pasar mini tempatan berdaftar
*Untuk senarai penuh dan lokasi terkini, layari: https://bingkasselangor.com/panel-kedai
Atau semak terus dalam aplikasi Selangkah di bahagian “Rakan Niaga BINGKAS”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tak boleh. Hanya satu akaun untuk satu keluarga (ketua keluarga atau pasangan).
Boleh. Sertakan surat pengesahan pendapatan daripada ADUN, penyelaras DUN atau penghulu kawasan.
Boleh. Asalkan ada bukti sebagai ibu tunggal dan surat pengesahan tidak bekerja daripada pihak berkenaan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Pendaftaran BINGKAS Selangor ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi BINGKAS: https://bingkasselangor.com/
- Talian Bantuan BINGKAS: 1800-22-6600
- E-mel: [email protected]
Dun daftar pemilih tak lengkap. Dun kuala kubu tiada dalam senarai. Adakah dun tersenarai sahaja yg boleh mohon? Harap bantu pengundi kuala kubu bharu juga.