MYSARA 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & JENIS BARANGAN DIBENARKAN
Program MySARA 2026 diteruskan bagi membantu penerima yang layak membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai panel MyKasih. Bantuan ini disalurkan tanpa tunai yang dikreditkan secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan isi rumah. Semakan kelayakan boleh dibuat secara atas talian, manakala penggunaan bantuan hanya sah untuk barangan tertentu yang diluluskan kerajaan.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui senarai barangan yang dibenarkan serta cara semak kelayakan MySARA 2026.
BACA JUGA: SEMAK TARIKH BAYARAN BUDI MADANI DIESEL 2026
APA SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2026?
Tiada kenyataan rasmi lagi bagi syarat kelayakan MySARA 2026, tetapi ia dijangka kekal seperti tahun-tahun terdahulu. Berikut antara syaratnya:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYSARA YANG AKAN DIBERI?
Setiap penerima MySARA 2026 menerima jumlah berbeza mengikut kategori, antara RM50 hingga RM100. Lihat perincian di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM 1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |

Perhatian: Tambahan bantuan SARA RM600 (bujang) dan RM1200 (isi rumah & warga emas tiada pasangan) sekiranya berada dalam kategori miskin / miskin tegar eKasih.
PENGHARGAAN SARA RM100
- Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan RM100 di bawah program SARA 2026 yang diagihkan bermula 9 Februari 2026.
- Seramai 22 juta penerima dewasa bakal mendapat manfaat, khususnya bagi persediaan menyambut Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
- Dana keseluruhan bagi STR dan SARA 2026 dianggarkan sebanyak RM15 bilion hasil penjimatan subsidi kerajaan.

BILA TARIKH BAYARAN MYSARA DIAGIHKAN?
Pembayaran Bantuan MySARA tahun 2026 dijadualkan bermula mengikut tarikh berikut:
▶️ SARA Bulanan: 9 Januari 2026
▶️ SARA One-Off: 9 Februari 2026
Penerima disarankan menyemak tarikh ini bagi memudahkan perancangan kewangan awal tahun.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA
Data penerima STR akan digunakan secara automatik bagi menentukan kelayakan SARA. Penerima boleh menyemak status bantuan MySARA di https://bantuantunai.hasil.gov.my (Portal STR) atau https://sara.gov.my (Portal SARA). Untuk info lanjut, hubungi STR: 1-800-88-2747 atau MyKasih: 03-7720 1800. Berikut panduan semakan penuh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Cara beli barang MyKasih guna IC
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

JENIS BARANGAN MYSARA YANG DIBENARKAN
Terdapat 14 kategori utama barangan MySARA yang dibenarkan meliputi makanan, minuman, produk dapur dan kebersihan diri. Senarai ringkas barangan bersama contoh boleh dirujuk dalam jadual di bawah:
| KATEGORI BARANG SARA | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| KEPERLUAN SEKOLAH | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| BARANGAN KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |

*Untuk info lebih lanjut tentang senarai barangan asas SARA yang boleh dibeli, sila semak di sini.
SOALAN LAZIM (FAQ)
STR ialah bantuan tunai utama, manakala SARA ialah tambahan berbentuk sokongan barangan asas untuk penerima STR yang layak.
Jumlah akan dipaparkan dalam portal MySTR atau laman rasmi SARA MyKasih semasa pengumuman pembayaran.
Tidak, sebab SARA bergantung pada kelayakan STR. Pemohon perlu layak STR dahulu.
Baki boleh disemak melalui portal rasmi SARA atau mesin EDC MyKasih di kedai terlibat.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MySARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/