12 KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR (SEMAK CARA BAYAR FASA 3 2025)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 terus menjadi inisiatif penting kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan rakyat. Selain semakan kelayakan dan jumlah bantuan, kaedah bayaran turut menjadi tumpuan utama penerima. Bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan selamat, bayaran STR Fasa 3 disalurkan melalui beberapa kaedah rasmi yang telah ditetapkan.
Melalui artikel ini kami akan jelaskan secara terperinci 2 kaedah bayaran STR yang digunakan untuk penyaluran bantuan.
BACA JUGA: SENARAI BARANGAN (SARA) 2025 (SEMAK BARANGAN DARIPADA 13 KATEGORI PRODUK
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini dibuat secara berperingkat sepanjang tahun 2025. Pengkreditan ini dibuat dengan melalui Empat (4) Fasa.
TARIKH BAYARAN STR MENGIKUT FASA
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| SATU (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
| DUA (2) | 24 April 2025 |
| TIGA (3) | Ogos 2025 |
| EMPAT (4) | November 2025 |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Bayaran yang diberikan oleh kerajaan adalah berbeza mengikut kategori penerima. Ini mengambil kira keperluan kewangan yang berbeza bagi setiap individu.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| ISI RUMAH (B40) Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada Anak : RM1,000 1 – 2 Anak : RM1,500 3 – 4 Anak : RM2,000 5 Anak ke Atas : RM2,500 |
| ISI RUMAH (M40) Pendatan RM2,501- RM5,000 | Tiada Anak : RM500 1 – 2 Anak : RM750 3 – 4 Anak : RM1,000 5 Anak ke Atas : RM1,250 |
| WARGA EMAS Pendapatan Bawah RM5,000 | RM600 |
| BUJANG (21 – 59 Tahun) BUJANG (OKU) (19 Tahun) | RM600 |
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT FASA 2025
Jumlah bayaran STR yang diterima mengikut fasa adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| ISI RUMAH (B40) | 0 Anak: RM500 1-2 Anak: RM500 3-4 Anak: RM500 Lebih 5 Anak: RM500 | 0 Anak: RM150 1-2 Anak: RM300 3-4 Anak: RM500 Lebih 5 Anak: RM650 | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi |
| ISI RUMAH (M40) | 0 Anak: RM150 1-2 Anak: RM150 3-4 Anak: RM250 Lebih 5 Anak: RM300 | 0 Anak : RM100 1-2 Anak : RM200 3-4 Anak : RM250 Lebih 5 Anak: RM300 | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi |
| WARGA EMAS | RM150 | RM150 | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi |
| BUJANG | RM150 | RM150 | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi | Akan Dimaklumkan Selepas Pengumuman Rasmi |
2 KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Terdapat Dua (2) kaedah bayaran yang disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan akses kepada penerima bantuan.
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR 2025 |
|---|---|
| PENERIMA MELALUI AKAUN BANK | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan |
| PENERIMA TIADA AKAUN BANK | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
RUJUKAN
Panduan bagi 2 Kaedah Bayaran Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]