ID ME LOGIN (SEMAK CARA DAFTAR AKAUN SECARA ONLINE
idME KPM ialah singkatan kepada Sistem Pengurusan IDentiti Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu satu platform pengesahan identiti rasmi yang digunakan untuk mengakses pelbagai sistem dalam ekosistem pendidikan negara.
Jika anda ibu bapa, penjaga, guru atau pelajar yang perlu berurusan dengan sistem-sistem seperti ePrasekolah, Pendaftaran Tahun 1, eGTukar, eOperasi, dan lain-lain, akaun idME adalah WAJIB.
Bagi yang belum mendaftar akaun, sila semak langkah mudah yang disediakan di bawah untuk kegunaan login id me.
BACA JUGA: 9 LANGKAH CARA MOHON STR (FASA 3 2025)
FUNGSI ID ME LOGIN
Sistem idME dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dengan tujuan utama untuk:
- Menyediakan satu sistem pengesahan identiti tunggal.
- Memudahkan akses ke pelbagai sistem dan aplikasi bawah KPM.
- Meningkatkan keselamatan data pengguna.
- Mengurangkan keperluan untuk cipta akaun berasingan bagi setiap sistem.
SISTEM UTAMA PERLU LOGIN ID ME
Berikut adalah senarai sistem utama di bawah KPM yang memerlukan pengguna untuk login guna idME:
| SISTEM/PORTAL | FUNGSI |
|---|---|
| ePrasekolah (Pendaftaran Tahun 1) | Sistem pendaftaran murid masuk ke Darjah 1 sekolah rendah KPM bagi tahun kemasukan semasa atau akan datang. |
| SPATKPM (Sistem Permohonan Anggota Pendidikan) | Untuk permohonan jawatan tetap/guru/kontrak bawah KPM. |
| APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) | Digunakan oleh guru dan sekolah untuk merekod dan kemaskini maklumat murid termasuk kehadiran harian. |
| eOperasi | Digunakan oleh guru/staf untuk kemaskini maklumat perkhidmatan, penempatan, gaji, dan opsyen mata pelajaran. |
| eGTukar | Sistem untuk guru mohon pertukaran tempat mengajar antara negeri, daerah, atau dalam negeri. |
| SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) | Untuk rekod kes disiplin, sahsiah dan tingkah laku murid secara dalam talian. |
| PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) | Digunakan untuk merekod penyertaan dan prestasi murid dalam aktiviti kokurikulum & sukan sebagai sebahagian pentaksiran sekolah. |
| SMPK (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan) | Digunakan oleh pihak pengurusan prasekolah untuk kemaskini data institusi, guru dan murid prasekolah. |
| Portal Portal Rasmi KPM | Untuk guru, ibu bapa & murid (termasuk semakan keputusan). |
DAFTAR AKAUN ID ME
Semak panduan pendaftaran dengan ikuti langkah berikut:

LANGKAH PENDAFTARAN AKAUN idMe
- Layari Laman Rasmi idMe di: https://idme.moe.gov.my
- Klik [Daftar Akaun Baharu]
– Pilih kategori Ibu Bapa / Penjaga, Guru / Staf, atau Murid
- Isi Maklumat Diri
– Nama penuh mengikut MyKad
– Nombor Kad Pengenalan (IC)
– Emel aktif
– Nombor telefon bimbit
– Kata laluan yang kuat dan sukar diteka - Sahkan Identiti menggunakan kod OTP melalui SMS atau emel yang didaftarkan.
- Selesai
– Setelah pengesahan berjaya, akaun anda akan aktif dan boleh digunakan untuk mengakses sistem kerajaan yang disokong oleh idMe.
RUJUKAN
Panduan bagi Pendaftaran Akauan ID ME ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai cara pendaftaran. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal aduan rasmi: https://moe.spab.gov.my
- Emel: [email protected]
- Hotline KPM: 03-8884 0000