9 LANGKAH CARA MOHON STR (FASA 3 2025)
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 kini dibuka kepada individu dan isi rumah yang layak. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, khususnya golongan B40 dan M40.
Bagi yang belum mendaftar atau ingin membuat permohonan baharu, prosesnya kini lebih mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Dalam panduan ini, kami kongsikan 9 langkah penting dan terkini cara mohon untuk membuat permohonan STR Fasa 3 dengan betul dan lengkap.
BACA JUGA: SARA MYKASIH BARANG APA? SEMAKAN SENARAI BARANGAN ASAS TERKINI
SYARAT KELAYAKAN MOHON STR 2025
Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat untuk membuat permohonan bantuan tunai STR 2025. Ini bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan yang benar layak.
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
| KATEGORI PEMOHON | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | – Kahwin atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. – Pendapatan RM5,000 dan ke bawah. |
| WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 60 tahun ke atas. – Pendapatan RM5,000 ke bawah. |
| BUJANG | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 21-59 tahun. – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas. – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. – Pendapatan RM2,500 ke bawah. |
NOTA: Bagi pelajar yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi IPTA/IPTS sepenuh masa. Anda tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori bujang. Nama telah disenaraikan sebagai tanggungan ibu/bapa atau penjaga.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Jumlah yang diberikan oleh karajaan adalah berbeza bagi setiap individu mengikut kategori pemohon. Semak peruntukan bagi setiap kategori penerima dibawah:
ISI RUMAH (Pendapatan Bulanan Bawah RM2,500)
- 5 Anak Ke Atas : RM2,500
- 3-4 Anak : RM2,000
- 2-1 Anak : RM1,500
- Tiada Anak : RM1000
ISI RUMAH (Pendapatan Bulanan RM2,501 – RM5,000)
- 5 Anak Ke Atas : RM1,250
- 3-4 Anak : RM1,000
- 2-1 Anak : RM750
- Tiada Anak : RM500
WARGA EMAS Tiada Pasangan (Pendapatan Bulanan Bawah RM5,000)
- RM600
BUJANG 21–59 Tahun (Pendapatan Bulanan Bawah RM2,500)
- RM600
BUJANG (OKU) 19 Tahun Ke Atas (Pendapatan Bulanan Bawah RM2,500)
- RM600
9 LANGKAH CARA MOHON STR FASA 3 2025
Bagi yang belum membuat permohonan dan ingin membuat permohonan baru bantuan tunai STR 2025, berikut merupakan 9 langkah mudah cara mohon melalui online:
LANGKAH PERMOHONAN STR FASA 3 2025
- Layari portal rasmi (STR) 2025 di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Tekan pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Isi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah wajib diisi.
- Tekan butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan tekan butang [Sahkan Captcha].
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Tekan butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
– Tekan butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
– Tekan butang [KEMUDIAN] jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
– Tekan butang [CETAK] jika ingin membuat cetakan salinan permohonan. - Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
Nota: Pemohon boleh tekan butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
RUJUKAN
Panduan bagi 9 Langkah Cara Mohon STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]