12 LANGKAH SEMAKAN STR (FASA 3 2025)

12 LANGKAH SEMAKAN STR (FASA 3 2025)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah bantuan tunai langsung yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan golongan B40 dan M40 terus mendapat sokongan kewangan dalam menghadapi cabaran ko sara hidup yang semakin meningat.

Menerusi STR 2025, penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat sepanjang tahun mengikut kategori seperti isi rumah, bujang, dan warga emas. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2 bayaran telah berjaya dikreditkan kepada pemohon yang layak.

Untuk buat semakan Fasa 3 pula, ikuti 12 langkah mudah semakan STR 2025 di bawah.

BACA JUGA: SARA MYKASIH BARANG APA BOLEH BELI? SEMAK SENARAI BARANGAN ASAS TERKINI

BILA TARIKH BAYAR STR FASA 3?

Tarikh pembayaran Bantuan Tunai STR 2025 ini adalah secara berperingkat sepanjang tahun 2025. Yang mana, pengkreditan di buat dengan melalui Empat (4) Fasa.

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
SATU (1)22 – 28 January 2025
DUA (2)24 April 2025
TIGA (3)Ogos 2025
EMPAT (4)November 2025

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Jumlah bayaran yang diterima adalah berbeza mengikut kategori penerima. Berikut merupakan jumlah pengkreditan bagi setiap kategori penerima:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
ISI RUMAH
Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
Tiada Anak : RM1,000
1-2 Anak : RM1,500
3-4 Anak : RM2,000
5 Orang Anak ke Atas : RM2,500
ISI RUMAH
Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak : RM500
1-2 Anak : RM750
3-4 Anak : RM1,000
5 Orang Anak ke Atas : RM1,250
WARGA EMAS (60 Tahun Ke Atas)
Pendapatan RM5,000 Ke Bawah
RM600
BUJANG (21 – 59 Tahun)
BUJANG (OKU) (19 Tahun Ke Atas)
Pendapatan RM2,000 Ke Bawah
RM600

12 LANGKAH SEMAKAN STR 2025

Bagi individu yang telah membuat permohonan, ikuti 12 langkah mudah untuk buat semakan status bantuan STR Fasa 3 2025.

SEMAKAN STATUS STR 2025

  1. Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  3. Sila tekan pada butang [Log Masuk].

  4. Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  8. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.

  10. Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan. Selesai !

CARA BAYARAN STR FASA 3

Terdapat dua kaedah penyaluran bantuan yang disediakan bagi memudahkah pemohon menerima bantuan mengikut kemudahan individu.

CARA BAYARAN

KATAGEORI PENERIMAKAEDAH BAYARAN
PENERIMA MELALUI AKAUN BANKDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan
mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
PENERIMA TIADA AKAUN BANKDiberikan secara tunai di kaunter mana-mana
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

RUJUKAN

Panduan bagi 12 Langkah Semakan Bantuan STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment