JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT B40
Bantuan tunai SYUKUR Sabah 2026 merupakan antara inisiatif penting kerajaan negeri dalam membantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup. Dengan bayaran bantuan SYUKUR Sabah 2026 yang disalurkan mengikut jadual tertentu, penerima boleh merancang perbelanjaan bulanan dengan lebih baik.
Oleh itu, penting untuk memahami jadual bayaran serta cara semakan status SYKUR Sabah 2026 bagi memastikan bantuan diterima tanpa sebarang masalah.
BACA JUGA: BANTUAN SARA MYKASIH 2026
APA ITU SYUKUR SABAH 2026?
SYUKUR Sabah 2026 ialah bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah bagi mengurangkan beban kos sara hidup sepanjang tahun.
Program ini menyasarkan individu yang berdaftar dalam pangkalan data kebajikan negeri seperti eKasih dan PADANS. Penerima SYUKUR Sabah yang layak akan menerima bayaran mengikut jadual yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Antara objektif utama pelaksanaan bantuan ini ialah:
- Mengurangkan beban kewangan bagi keperluan asas harian.
- Membantu golongan memerlukan menjalani kehidupan lebih stabil.
- Mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di Sabah.
- Menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat.

SIAPA LAYAK TERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH?
Bagi melayakkan diri menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Syarat Kelayakan Utama
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025
- Warganegara Malaysia
- Pemegang MyKad berstatus “H” (penduduk asal Sabah)
- Bermastautin di Sabah melebihi 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data eKasih atau PADANS sebelum 31 Disember 2025
- Tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegarsentiasa dikemas kini
Kriteria Tambahan
- Bukti alamat seperti bil utiliti / penyata bank / surat pengesahan kampung
- Bukan pelajar sekolah
- Maklumat pendapatan dan isi rumah
Penambahbaikan Bantuan Sabah 2026
Untuk tahun 2026, penilaian kelayakan menggunakan Garis Pendapatan Kemiskinan (GPK) 2024, berbanding sebelum ini menggunakan GPK 2022. Penentuan kategori miskin dan miskin tegar adalah berdasarkan julat pendapatan yang telah dikemas kini. Butirannya seperti di bawah:
| Kategori | Pendapatan Isi Rumah (Sebulan) | Pendapatan Isi Rumah (Per Kapita) |
|---|---|---|
| Miskin | RM2,843 | RM720 |
| Miskin Tegar | RM1,257 | RM310 |
- Pendapatan isi rumah = jumlah pendapatan semua ahli keluarga.
- Pendapatan per kapita = purata pendapatan setiap ahli.
Individu yang berada dalam kategori pendapatan yang ditetapkan serta berdaftar dalam sistem eKasih dan PADANS berpotensi layak menerima bantuan ini. Status kelayakan tertakluk kepada semakan data semasa oleh pihak berkuasa.
BILA JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026 DIKREDITKAN?
Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 telah mula dikreditkan seperti butiran berikut:
- Bayaran secara bank-in: Bermula 11 Mac 2026

- Bayaran tunai/cek: Dari 18 Mac hingga 25 Mac 2026 melalui cawangan Sabah Credit Corporation (SCC)

Penerima disarankan untuk membuat semakan status jadual bayaran SYUKUR Sabah 2026 melalui:
- Laman web rasmi SYUKUR Sabah
- Semakan akaun bank masing-masing
Langkah ini penting bagi memastikan bantuan telah dikreditkan dengan sempurna.
BAGAIMANA BAYARAN SYUKUR SABAH DISALURKAN?
Kaedah pembayaran SYUKUR Sabah 2026 termasuk:
- Dikreditkan terus ke akaun bank penerima
- Tunai di kaunter bank (bagi yang tiada akaun bank)
- Dikreditkan ke e-Wallet (YONO Superapp)
Makluman: Cara sebenar pembayaran bantuan mengikut ketetapan semasa kerajaan negeri.
JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026
Jadual bayaran bantuan SYUKUR Sabah 2026 ini dibuat setiap 3 bulan sekali dan akan dikreditkan terus ke akaun penerima setelah status kelayakan disahkan. Berikut perinciannya:
| FASA | TEMPOH | TARIKH | JUMLAH |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | 11 Mac 2026 | RM600 |
| Fasa 2 | April – Jun | Akan dikemaskini | RM600 |
| Fasa 3 | Julai – September | Akan dikemaskini | RM600 |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | Akan dikemaskini | RM600 |
SYUKUR SABAH 2026 PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem PADANS dan terbuka kepada rakyat Sabah yang memenuhi syarat serta berdaftar dalam eKasih dan PADANS. Pemohon hanya perlu mengikuti langkah permohonan yang disediakan:
- Langkah 1: Log Masuk
- Layari portal PADANS dan log masuk https://padans.sabah.gov.my/
- Jika tiada akaun, pilih Permohonan Baru SKR untuk daftar.
- Langkah 2: Pilih Borang
- Klik ikon menu tiga garisan di kanan atas dan pilih Borang Permohonan.
- Langkah 3: Lengkapkan Maklumat
- Isi semua maklumat bertanda (*), termasuk:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
- Isi semua maklumat bertanda (*), termasuk:
- Langkah 4: Hantar
- Semak semula maklumat dan klik hantar. Notifikasi pengesahan akan dipaparkan selepas berjaya.
Perhatian: Pemohon yang mendaftar melalui Pejabat Daerah atau UPPM masih perlu mengemas kini maklumat dalam sistem PADANS. Langkah ini penting bagi memastikan kelayakan bantuan tidak terjejas.
SYUKUR SABAH SEMAKAN
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web https://syukur.sabah.gov.my atau YONO Superapp. Langkah penuh semakan jadual bayaran bantuan SYUKUR Sabah 2026 adalah seperti berikut:
SEMAK JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026 MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Tekan butang Semak
- Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

SEMAK JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026 MELALUI APLIKASI
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
- Log masuk atau daftar akaun.
- Pilih menu Bantuan SYUKUR.
- Status bayaran & baki akan terpapar.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, bantuan disalurkan secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan.
Boleh, tetapi perlu mendaftar dan disahkan dalam sistem berkaitan terlebih dahulu.
Ya, jumlah yang ditetapkan adalah sama bagi penerima yang layak.
Disarankan untuk membuat semakan status dan kemas kini maklumat jika perlu.
Tidak, ia adalah bantuan tunai tanpa perlu dibayar semula.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Jadual Bayaran SYUKUR Sabah 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
- Laman rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
- Facebook Sekretariat Sabah Maju Jaya
- Hotline: 088 338 338 / 010 – 5828207 (WhatsApp)