HDRAS 2026 – CARA MOHON SKIM BANTUAN DEPOSIT PERUMAHAN SARAWAK
HDRAS 2026 merupakan inisiatif penting kerajaan Sarawak bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama tanpa beban kewangan yang tinggi. Melalui skim ini, bantuan deposit serta sokongan bayaran balik disediakan khusus untuk golongan B40 dan M40.
Dengan adanya bantuan ini, impian memiliki rumah sendiri menjadi lebih realistik dan mampu dicapai. Oleh itu, penting untuk memahami syarat dan cara permohonan agar tidak terlepas peluang ini.
BACA JUGA: SEMAK SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) 2026
APA ITU HDRAS 2026?
Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak atau Housing Deposit & Repayment Assistance Scheme (HDRAS) merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan lebih mudah.
- Bantuan kewangan sehingga RM10,000 atau sekitar 10% daripada harga rumah diberikan kepada pembeli yang layak bagi menampung bayaran deposit. Atau;
- Bantuan tambahan dalam bentuk bayaran balik bulanan sekitar RM200 sehingga 48 bulan, tertakluk kepada kelayakan pemohon.
Skim ini dikendalikan oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan Sarawak bagi memastikan lebih ramai golongan B40 dan M40 mampu memiliki rumah sendiri.

MANFAAT SKIM BANTUAN DEPOSIT PERUMAHAN SARAWAK
Antara manfaat utama skim ini ialah:
- Mengurangkan beban bayaran deposit sehingga RM10,000
- Membantu golongan muda memiliki rumah lebih awal
- Menyediakan pilihan pembiayaan yang lebih fleksibel
- Menawarkan bantuan bayaran balik bulanan
- Membuka peluang membina rumah di atas tanah sendiri
HDRAS menjadi antara inisiatif penting dalam meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Sarawak, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
SYARAT KELAYAKAN HDRAS 2026
Bagi memastikan bantuan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, beberapa syarat asas telah ditetapkan. Antara syarat-syaratnya:

- Pemilikan rumah pertama bagi Rakyat Sarawak golongan B40 dan M40.
- Membeli rumah mampu milik daripada pemaju berdaftar atau;
- Membina rumah di atas tanah sendiri melalui Program Skim Pembesaran Kampung (SPK) / Skim penempatan Semula (SPS)
- Bagi pemohon bantuan bayaran balik bulanan:
- Pinjaman / Pembiayaan perumahan diluluskan oleh institusi kewangan selepas 1 Oktober 2022.
Kriteria kelayakan juga boleh dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut dasar semasa kerajaan negeri.

BAGAIMANA PROSEDUR HDRAS 2026 DILAKSANAKAN?
Permohonan skim ini melibatkan beberapa proses utama bagi memastikan kelayakan pemohon disahkan dengan teliti. Ikuti perincian di bawah:
- Borang Permohonan HDRAS lengkap dengan dokumen peribadi,
- Surat Kelulusan daripada MPHLG / HDC / Jabatan Tanah dan Survei,
- Salinan Perjanjian Jual Beli / Slip Pengesahan Jualan bertarikh selepas 12 Oktober 2021,
- Pengesahan rekabentuk dan harga untuk Program Rumah Spektra Mutiara oleh panel kontraktor yang dilantik.
Setiap permohonan akan melalui peringkat semakan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum kelulusan dibuat.
APA DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN?
Pemohon perlu menyediakan dokumen lengkap bagi melancarkan proses permohonan, antaranya:
- Borang permohonan HDRAS yang lengkap
- Salinan MyKad pemohon
- Bukti pendapatan (slip gaji / penyata bank)
- Surat tawaran daripada Housing Development Corporation (HDC)
- Surat kelulusan daripada agensi berkaitan
- Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) atau bukti pembelian
- Pengesahan harga dan rekabentuk rumah (jika berkaitan)
Dokumen yang lengkap dan tepat akan membantu mempercepatkan proses kelulusan.
HDRAS 2026 PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan, pemohon boleh mengikuti langkah di bawah:
- Dapatkan borang permohonan daripada Mutiara Mortgage atau pemaju berdaftar
- Borang boleh didapati secara online di sini
- Lengkapkan borang dengan maklumat yang tepat
- Lampirkan semua dokumen sokongan yang diperlukan
- Hantar permohonan ke pejabat Mutiara atau melalui saluran berkaitan
- Tunggu proses semakan dan keputusan kelulusan
Permohonan juga boleh dibuat melalui pemaju perumahan yang berdaftar dengan pihak pelaksana skim.
Muat Turun Borang Permohonan Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDRAS):
JENIS HARTANAH YANG LAYAK
HDRAS meliputi pelbagai jenis hartanah mampu milik yang telah diluluskan oleh kerajaan Sarawak. Ini termasuk rumah mampu milik dan projek perumahan yang memenuhi kriteria skim.
- Rumah kos rendah
- Rumah kos sederhana
- Rumah Spektra (Lite, Medium, Plus, Permata)
- Projek Sri Pertiwi
- Rumah mampu milik di bawah agensi kerajaan atau pemaju berdaftar
- Secara umum, harga rumah yang layak adalah sehingga sekitar RM300,000, bergantung kepada polisi semasa.
Selain itu, skim ini juga merangkumi:
- Pembelian rumah daripada pemaju
- Pembinaan rumah di atas tanah sendiri (SPK/SPS)

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, keutamaan diberikan kepada mereka yang belum memiliki rumah.
Boleh, selagi dapat membuktikan pendapatan yang stabil.
Tidak, hanya hartanah yang diluluskan sahaja.
Tempoh bergantung kepada proses semakan dan jumlah permohonan.
Biasanya disalurkan mengikut tujuan pembayaran deposit atau pembiayaan.
Melalui saluran rasmi atau pihak yang menguruskan permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi HDRAS 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sarawak. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- MUTIARA MORTGAGE & CREDIT
- Ground Floor, Left Wing, Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma, Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak.
- Talian: 082-313 672 / 082-313 036 / 082-313 067
- Pautan Pertanyaan: https://www.mutiara.com.my/ms/contacts