EBANTUAN JKM : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BARU BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
eBantuan JKM merupakan platform rasmi yang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menguruskan permohonan dan semakan status pelbagai jenis bantuan kebajikan di Malaysia. Melalui sistem ini, orang ramai boleh membuat permohonan bantuan baharu, menyemak status kelulusan serta mendapatkan maklumat berkaitan bantuan yang disediakan oleh JKM secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat secara kerap.
Artikel ini menerangkan cara semak status eBantuan JKM dan membuat permohonan baru dengan ringkas dan mudah difahami.
BACA JUGA: SEMAK CARA DAFTAR & MOHON REBAT BIL ELEKTRIK RM40
SENARAI SKIM EBANTUAN JKM
Terdapat 8 jenis skim ebantuan JKM secara bulanan yang ditawarkan kepada individu yang layak seperti berikut:
- BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
- ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
- BANTUAN ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
- BANTUAN PENJAGAAN ORANG KURANG UPAYA TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR DAN PESAKIT KRONIK TIDAK TERLANTAR (BPT)
- BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
- BANTUAN PERSEKUTUAN (BA)
- BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
- BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
SYARAT KELAYAKAN UMUM
Secara asas, pemohon bantuan JKM perlu memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Malaysia
- Tergolong dalam golongan berpendapatan rendah atau memerlukan
- Tidak menerima bantuan lain yang bertindih (bergantung kepada jenis bantuan)
Nota: Syarat khusus bergantung kepada jenis bantuan yang dipohon.
BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
| JUMLAH BANTUAN | UMUR |
|---|---|
| RM250 | 6 Tahun Ke Bawah |
| RM200 | 7 Tahun Hingga Bawah 18 Tahun |
| RM1000 | Jumlah Maksimum Untuk Setiap (KIR) |
* Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran.
SYARAT KELAYAKAN:
- Keluarga atau penjaga yang menjaga anak/kanak-kanak di bawah 18 tahun.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), termasuk mereka yang tinggal bersama keluarga atau saudara.
- Jika anak/kanak-kanak tiada penjaga layak (ibu/bapa bukan warganegara, muflis, bankrap, atau OKU mental), bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak tersebut.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang BKK, sila rujuk di sini : BANTUAN KANAK-KANAK 2025
ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
| JUMLAH BANTUAN |
|---|
| RM450 Sebulan |
SYARAT KELAYAKAN:
- Berumur 16 tahun ke atas & bukan penuntut institusi pendidikan.
- Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM.
- Pendapatan bulanan antara RM100 hingga RM1,700 daripada semua sumber (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, sewa, pencen, zakat, sumbangan, dll).
- Sekiranya pendapatan melebihi RM1,700 atau terdapat keperluan munasabah lain, kelulusan boleh dipertimbangkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan.
BANTUAN ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
| JUMLAH BANTUAN |
|---|
| RM300 Sebulan |
SYARAT KELAYAKAN:
- Berumur 16 hingga 59 tahun.
- Pemegang kad OKU berdaftar dengan JKM.
- Tidak berupaya bekerja disebabkan:
- Kekangan fizikal, mental, intelektual, atau deria.
- Persekitaran yang menyukarkan akses kepada pekerjaan.
- Bukan penghuni atau pelatih di institusi JKM, Pusat Jagaan Harian/Berkediaman yang menerima Geran Rangsum, atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
- Pengesahan ketidakupayaan untuk bekerja diperlukan daripada Pakar/ Pegawai Perubatan/ Pakar Psikiatri kerajaan atau swasta yang berdaftar.
- Pendapatan bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK); kes melebihi PGK boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat jika munasabah dan berkeperluan.
BANTUAN PENJAGAAN OKU / PESAKIT KRONIK TERLANTAR & PESAKIT KRONIK TIDAK TERLANTAR (BPT)
| JUMLAH BANTUAN |
|---|
| RM500 Sebulan |
SYARAT KELAYAKAN:
- Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar.
- Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan (minimum 3 bulan) boleh dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri.
- Jika OKU/pesakit kronik terlantar tiada penjaga atau penjaganya bukan warganegara, bantuan boleh diberikan atas nama pesakit.
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000.
- Kes melebihi RM5,000 atau perkara munasabah lain boleh dipertimbang & diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang BPT, sila rujuk di sini : PERMOHONAN BANTUAN RM500
BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
| JUMLAH BANTUAN |
|---|
| RM600 |
SYARAT KELAYAKAN:
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Warga emas sebatang kara boleh dipertimbangkan jika tinggal bersama atau menumpang ahli keluarga/penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK.
- Bukan penghuni institusi JKM atau Pusat Jagaan Harian/Berkediaman yang menerima Geran Rangsum.
- Kes melebihi PGK atau perkara lain boleh dipertimbang & diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang BWE, sila rujuk di sini : BANTUAN RM600 WARGA EMAS
BANTUAN PERSEKUTUAN (BA)
| JUMLAH BANTUAN |
|---|
| RM150 – RM500 |
SYARAT KELAYAKAN:
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK).
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin.
- Faktor lain seperti ekonomi/kesihatan/tanggungan pemohon turut diambil kira.
- Kes munasabah & berkeperluan atau perkara lain boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang BA, sila rujuk di sini : BANTUAN AM PERSEKUTUAN JKM
BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
| JUMLAH BANTUAN | BILANGAN KANAK-KANAK |
|---|---|
| RM250 | Seorang |
| RM500 | Dua orang atau lebih |
SYARAT KELAYAKAN:
- Keluarga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti:
- Berumur di bawah 18 tahun.
- Tidak mempunyai ibu bapa.
- Bukan anak angkat yang diambil di bawah undang-undang pengangkatan, termasuk:
- Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]
- Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253]
- Ordinan Pengangkatan Sabah 1960
- Native Adoption Regulations 1961
- Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024
- Ordinan Pengangkatan Sarawak [Cap. 91]
- Mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan
- Kanak-kanak yang tinggal bersama keluarga pelihara termasuk:
- Diambil dari Program Anak Pelihara yang dikendalikan oleh JKM.
- Dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
- Bertaraf warganegara Malaysia & dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara serta layak.
- Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan percuma tidak layak.
- Kes berkeperluan lain boleh dipertimbangkan mengikut budi bicara pihak berkuasa.
BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
| JUMLAH BANTUAN |
|---|
| RM200 |
SYARAT KELAYAKAN:
- Berumur 16 hingga 35 tahun, mengikut kesesuaian.
- Termasuk:
- Anak-anak penerima bantuan.
- Bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan.
- Kes-kes seliaan akhlak.
- Bekas pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.
- OKU berdaftar yang mampu mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.
- Kes berkeperluan lain boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan.
Makluman: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan & maksimum 24 bulan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang BLP, sila rujuk di sini : BANTUAN LATIHAN PERANTIS
PERMOHONAN BANTUAN JKM
Permohonan bantuan JKM boleh dibuat melalui 2 cara. Rujuk panduan permohonan lengkap di bawah:
Permohonan Secara Manual (Guna Borang)
- Datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berhampiran.
- Isi borang permohonan bantuan:
- Sediakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & tanggungan.
- Sijil lahir anak (jika ada).
- Sijil nikah/cerai/kematian pasangan (jika berkaitan).
- Penyata pendapatan / surat pengesahan tidak bekerja.
- Serahkan borang lengkap bersama dokumen kepada pegawai JKM.
- Pegawai akan buat siasatan & lawatan sebelum keputusan dikeluarkan.
Permohonan Bantuan Secara Online (eBantuan JKM)
- Layari portal rasmi eBantuan JKM: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Daftar akaun pengguna (jika belum ada).
- Isi maklumat peribadi & butiran tanggungan dalam sistem.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- Hantar permohonan secara online.
- Pemohon akan dihubungi untuk proses siasatan & lawatan sebelum keputusan dibuat.
* Perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dilakukan. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan secara automatik.
[PENTING] SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
SEMAKAN STATUS EBANTUAN
Pemohon yang telah menghantar permohonan boleh membuat semakan status secara online. Langkah semakan seperti di bawah:
- Layari Portal Rasmi JKM
- Pergi ke laman sesawang 👉 https://www.jkm.gov.my
- Cari Menu “eBantuan”
- Klik pada menu Perkhidmatan Online – pilih eBantuan.
- Pilih Semakan Status Permohonan
- Dalam paparan eBantuan, tekan pilihan Semakan Status Permohonan.
- Masukkan Maklumat Diri
- Isi No. Kad Pengenalan (IC) pemohon.
- Tekan butang Cari.
- Semak Keputusan
- Sistem akan papar status permohonan sama ada diluluskan, dalam proses, atau ditolak.
- Jika lulus, akan dipaparkan juga jenis bantuan, kadar bayaran & tarikh kelulusan.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, tetapi hanya yang memenuhi syarat layak menerima bantuan.
Boleh, tertakluk kepada kelayakan dan penilaian JKM.
Tempoh berbeza bergantung kepada kes dan daerah.
Sebahagian bantuan bersifat sementara dan perlu diperbaharui.
RUJUKAN
Panduan bagi eBantuan JKM ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman web eBantuan JKM : https://www.jkm.gov.my
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)