BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SYUKUR SABAH 2025 RM900 – SEMAKAN STATUS

BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SYUKUR SABAH 2025 RM900 – SEMAKAN STATUS

Program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah 2025 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang dilancarkan bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Skim ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuhkan kesejahteraan rakyat melalui bantuan kewangan yang sistematik dan menyeluruh.

Ia dilaksanakan secara telus dan disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada menerima sokongan.

BACA JUGA: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 RM150 – BELANJAWAN 2026

OBJEKTIF PERLAKSANAAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Objektif utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT?

Syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

CARA MOHON BANTUAN KASIH RAKYAT SABAH

Permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025. Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam SISTEM PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PADANS). Permohonan baharu juga boleh dilakukan secara online di portal yang sama.

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH 2025

Status kelayakan penerima bantuan SYUKUR Sabah boleh disemak mengikut langkah berikut:

  • Layari Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di Pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my/
  • Halaman utama Portal Program Sentuhan Kasih Rakyat dipaparkan.
  • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) untuk membuat semakan.
  • Maklumat Status Penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
  • Selesai.

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH

Kadar bantuan yang deberikan adalah mengikut kategori seperti dibawah :

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN
Penyaluran Bagi Setiap Fasa
( Fasa 1, 2, 3, 4 )
RM ( 900 )

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH?

Bayaran bagi bantuan SYUKUR Sabah adalah dengan melalui Empat (4) fasa sepanjang tahun mengikut tarikh berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu (Fasa 1)Bermula 19 Februari 2025
Dua (Fasa 2)April – Mei 2025
Tiga (Fasa 3)Ogos – September 2025
Empat (Fasa 4)Bermula Oktober – Disember 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

BAGAIMANA BAYARAN BANTUAN DIBUAT?

Bayaran Bantuan Syukur akan dibuat mengikut kaedah berikut:

  • Penerima yang Mempunyai Bank Akaun: Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’: Bantuan akan diberikan secara tunai;
  • Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp: Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Program ini bertujuan memastikan tiada rakyat Sabah yang tercicir daripada menerima bantuan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup.

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:

Leave a Comment