BUDI 95 SEMAKAN : SEMAK BAKI & KUOTA BARU RON95 2026
Program Budi 95 adalah skim subsidi petrol bersasar bagi RON95 yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menikmati harga subsidi lebih murah tanpa proses permohonan yang kompleks. Melalui sistem yang dihubungkan dengan MyKad, subsidi ini dipotong secara automatik semasa isi minyak, menjadikan petrol lebih mampu milik bagi kategori yang layak. Untuk tahun 2026, kerajaan juga telah menambah baik kuota bagi pemandu e-hailing berdasarkan jarak perjalanan mereka, menjadikan bantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Artikel ini akan menjelaskan kuota baru Budi 95, semakan status dan cara guna MyKad untuk beli petrol bersubsidi.
BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK
APA ITU BUDI 95?
Program Budi 95 ialah inisiatif kerajaan di bawah Budi Madani RON95 yang memberikan subsidi petrol bersasar kepada rakyat Malaysia yang layak. Dengan sistem automatik melalui MyKad, pengguna boleh menikmati RON95 pada harga subsidi tanpa perlu memohon secara manual di mana-mana portal atau kaunter.
Melalui Budi 95, harga RON95 bagi penerima subsidi disasarkan pada kadar lebih rendah berbanding harga pasaran, menjadikan kos bahan api harian lebih terjamin.

SYARAT KELAYAKAN BUDI 95
Antara syarat-syarat untuk layak menerima subsidi melalui program Budi 95:
- Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
- Mempunyai MyKad yang sah
- Memenuhi syarat pendaftaran data kenderaan
- Pemandu e-hailing perlu mempunyai lesen dan rekod perkhidmatan aktif (mengikut laporan perjalanan)
Perhatian: Pastikan MyKad dalam keadaan baik supaya proses pengesahan semasa isi minyak tidak terganggu.
KUOTA BARU BUDI 95 E-HAILING 2026
Kerajaan telah memperkenalkan had kuota bersasar untuk pemandu e-hailing berdasarkan jumlah jarak perjalanan setiap bulan. Tujuan utama ialah mengurangkan kos operasi, membantu tambang kekal berpatutan, dan memastikan bantuan sampai kepada pemandu aktif yang benar-benar layak.

| JUMLAH JARAK PERJALANAN | KUOTA BUDI 95 |
|---|---|
| Kurang 2,000 km | 300 liter |
| 2,000 km hingga 5,000 km | 600 liter (300 + 300 liter) |
| Lebih 5,000 km | 800 liter (300 + 500 liter) |

Penetapan kuota ini berdasarkan data jarak perjalanan yang direkodkan oleh semua pengendali e-hailing, dikendalikan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Siapa Yang Layak Memohon?
- Pemandu e-hailing aktif
- Mestilah berdaftar dan aktif dengan syarikat e-hailing yang diiktiraf APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).
- Kelayakan subsidi ditentukan berdasarkan jumlah jarak yang direkodkan dalam sebulan.
- Pemandu Teksi Lapangan Terbang
- Termasuk dalam skim jika beroperasi di bawah syarikat berlesen APAD.
- Layak menerima kuota subsidi melalui Fleet Card di bawah skim subsidi petrol KPDN.
- Limousin lapangan terbang yang tidak dikawal tambangnya oleh APAD tidak layak.
Permohonan dilakukan sepenuhnya dalam talian melalui portal rasmi: https://mysubsidi.kpdn.gov.my
BUDI 95 SEMAKAN
Pengguna boleh membuat semakan status subsidi dan baki kuota petrol Budi 95 melalui:
- Portal rasmi Budi 95: www.budi95.gov.my
- Aplikasi Setel
- Aplikasi CaltexGO
Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah penuh semakan Budi 95 seperti di bawah ini:
BUDI 95 SEMAKAN MELALUI PORTAL BUDI MADANI
- Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
- Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 300 liter sebulan.

BUDI 95 SEMAKAN MELALUI APLIKASI SETEL
- Muat turun & daftar aplikasi Setel di https://www.setel.com/ref/6gasq.
- Klik ‘Check Eligibility’ (Nota: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
- Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.

BAGAIMANA CARA BELI PETROL GUNA BUDI 95?
Terdapat 4 cara mudah menggunakan Budi 95 untuk beli petrol. Berikut perinciannya:
CARA GUNA BUDI 95 TNG (TOUCH ‘N GO)
- Pastikan MyKad sudah aktif dengan subsidi Budi Madani.
- Sentuh MyKad pada terminal TNG di pam minyak.
- Pilih jumlah isi minyak.
- Teruskan pembayaran mengikut baki TNG atau kaedah lain yang tersedia.

CARA GUNA BUDI 95 APLIKASI SETEL
- Muat turun & daftar MyKad dalam aplikasi Setel https://www.setel.com/ref/6gasq.
- Buka aplikasi Setel semasa di stesen minyak.
- Pilih pam yang digunakan dan jumlah petrol.
- Subsidi akan disahkan secara automatik melalui MyKad dalam aplikasi.
- Teruskan isi minyak seperti biasa.

GUNA BUDI 95 DI KAUNTER
- Bawa MyKad ke kaunter stesen minyak.
- Serahkan MyKad kepada petugas untuk pengesahan subsidi.
- Maklumkan jumlah petrol yang ingin dibeli.
- Bayar dan teruskan isi minyak di pam yang ditetapkan.

GUNA BUDI 95 MANUAL DI PUMP (SELF-SERVICE)
- Masukkan MyKad pada slot pengimbas di pam minyak.
- Tunggu pengesahan subsidi dipaparkan.
- Pilih jumlah petrol yang diinginkan.
- Teruskan isi minyak seperti biasa.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Skim subsidi petrol berdasarkan jarak perjalanan bulanan untuk pemandu e-hailing & teksi lapangan terbang.
Jumlah jarak digabung semua platform, kemudian semak tahap kelayakan untuk 300 – 800L.
Tidak perlu jika sudah berdaftar, sistem akan kira secara automatik berdasarkan data perjalanan.
Tidak, pemandu yang kurang daripada 2,000 km hanya layak kuota asas 300 liter.
Tidak, kuota subsidi reset setiap bulan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Budi 95 Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Budi Madani: https://www.budi95.gov.my
- Telefon: 1-300-88-9595
- Emel: [email protected]
- WhatsAPP: +603-2631 4595
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof