BANTUAN USAHAWAN MAJU JOHOR 2026 – PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

BANTUAN USAHAWAN MAJU JOHOR 2026 – PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) menawarkan Bantuan Usahawan Maju Johor 2026, satu program sokongan bagi usahawan tempatan yang memerlukan mesin dan peralatan perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bantuan ini bertujuan membantu usahawan yang sudah beroperasi, terutama yang tidak pernah menerima bantuan kerajaan sebelum ini, dengan menyediakan sokongan aset yang dapat meningkatkan kapasiti operasi dan produktiviti.

Semak di bawah untuk penerangan menyeluruh.

BACA JUGA: PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA (TUBE-S)

APA ITU BANTUAN USAHAWAN MAJU JOHOR 2026?

Bantuan Usahawan Maju Johor 2026 ialah satu insentif berbentuk geran mesin dan peralatan yang ditawarkan kepada usahawan yang menetap dan menjalankan perniagaan di Negeri Johor. Skop bantuan merangkumi barang seperti mesin atau peralatan yang dapat menyokong operasi perniagaan dani tidak perlu dibayar balik apabila permohonan diluluskan.

Program ini memberi peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh asas perniagaan mereka tanpa membebankan dengan hutang atau bayaran balik.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN USAHAWAN MAJU JOHOR

Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat utama:

  • Pemohon ialah penduduk tetap Negeri Johor berumur 18–65 tahun semasa membuat permohonan.
  • Mempunyai premis perniagaan yang sah atau ruang perniagaan (termasuk bengkel atau ruang khas di rumah) yang beroperasi di Johor.
  • Perniagaan telah beroperasi lebih 6 bulan dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Belum menerima bantuan kerajaan Negeri Johor dalam 2 tahun terkini (termasuk tahun 2024 & 2025).
  • Sila sediakan nama peralatan/mesin dengan gambar.
  • Pastikan perniagaan dijalankan sepenuh masa.
  • Perniagaan harus menghasilkan produk jenama sendiri (bukan agen/stokis).
  • Satu syarikat hanya layak memohon satu kali sahaja.

Perhatian: Semua maklumat dan dokumen mestilah lengkap dan sahih. PUJB berhak menolak permohonan sekiranya maklumat palsu atau tidak lengkap diberikan.

SYARAT KELAYAKAN

BILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA?

Permohonan bantuan ini dibuka secara rasmi seperti berikut:

TARIKH PERMOHONAN
Bermula 15 Disember 2025 (Isnin), 12:00 tengah hari
sehingga 18 Januari 2026 (Ahad), 12:00 tengah hari


Sepanjang tempoh ini, pemohon boleh mengisi dan menghantar permohonan melalui portal rasmi.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah insentif yang ditawarkan di bawah program ini ialah sehingga RM5,000 dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan. Had maksimum ini tertakluk kepada kelulusan PUJB serta item permohonan yang dikemukakan oleh pemohon.

CARA MOHON BANTUAN USAHAWAN MAJU JOHOR

Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian melalui portal sistem PADU:

CARA MOHON BANTUAN USAHAWAN MAJU JOHOR
  1. Layari 👉 https://padu.pujb.my/
  2. Daftar akaun baru atau log masuk sekiranya sudah berdaftar.
  3. Lengkapkan maklumat peribadi dan perniagaan dengan betul.
  4. Pilih menu Permohonan Bantuan Usahawan Maju Johor 2026.
  5. Isi borang permohonan serta sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan untuk semakan status.
CARA MOHON BANTUAN USAHAWAN MAJU JOHOR

Makluman: Status permohonan boleh disemak semula melalui portal yang sama selepas penghantaran.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah satu syarikat buat lebih dari satu permohonan?

Tidak, satu syarikat hanya layak satu permohonan sahaja.

Jika borang tidak lengkap, apa berlaku?

Permohonan mungkin ditolak atau lambat diproses.

Bagaimana cara muat naik dokumen?

Dokumen disertakan semasa isi borang online di portal PADU.

Bolehkah saya mohon jika pernah terima bantuan negeri?

Tidak, jika menerima bantuan dalam dua tahun terakhir (2024–2025).

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Usahawan Maju Johor ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment