BANTUAN SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR

BANTUAN SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR

Program SYUKUR Sabah 2026 ialah bantuan kebajikan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang memberikan bantuan tunai bulanan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Matlamat utama skim ini adalah meringankan beban kos sara hidup keluarga yang layak serta membantu mereka memenuhi keperluan asas seperti makanan dan kehidupan seharian, sekali gus menyokong kesejahteraan sosial secara menyeluruh.

Info penting tersedia di bawah.

BACA JUGA: BANTUAN SARA MYKASIH 2026

APA ITU BANTUAN SABAH 2026?

SYUKUR Sabah 2026 ialah bantuan tunai RM200 sebulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup sepanjang tahun. Program ini memfokuskan rakyat yang berdaftar dalam pangkalan data kebajikan negeri seperti eKasih dan PADANS. Penerima layak akan menerima bayaran mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan negeri.

APA ITU BANTUAN SABAH 2026

Antara tujuan utama pelaksanaan bantuan ini:

  • Mengurangkan beban kewangan penerima, khususnya untuk keperluan asas.
  • Membantu golongan memerlukan menjalani kehidupan lebih selesa.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di Sabah.
  • Menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat.
APA ITU BANTUAN SABAH 2026

SIAPA LAYAK BANTUAN SABAH?

Bagi layak menerima Bantuan Sabah 2026, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria utama berikut:

Syarat Kelayakan Utama

  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang MyKad berstatus “H” (penduduk asal Sabah)
  • Bermastautin di Sabah melebihi 1 tahun
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data eKasih atau PADANS sebelum 31 Disember 2025
  • Tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegarsentiasa dikemas kini

Kriteria Tambahan

  • Bukti alamat seperti bil utiliti / penyata bank / surat pengesahan kampung
  • Bukan pelajar sekolah
  • Maklumat pendapatan dan isi rumah

Penambahbaikan Bantuan Sabah 2026

Untuk tahun 2026, penilaian kelayakan menggunakan Garis Pendapatan Kemiskinan (GPK) 2024, berbanding sebelum ini menggunakan GPK 2022. Penentuan kategori miskin & miskin tegar seperti di bawah:

KategoriPendapatan Isi Rumah
(Sebulan)
Pendapatan Isi Rumah
(Per Kapita)
MiskinRM2,843RM720
Miskin TegarRM1,257RM310
  • Pendapatan isi rumah = jumlah pendapatan semua ahli keluarga.
  • Pendapatan per kapita = purata pendapatan setiap ahli.

Individu dalam julat ini dan berdaftar dalam eKasih serta PADANS berpotensi layak jika memenuhi syarat.

BILA TARIKH BANTUAN DIKREDITKAN?

Bantuan di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2026 telah mula disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah pemindahan secara dalam talian (online bank-in) bermula 11 Mac 2026.

BILA TARIKH BANTUAN DIKREDITKAN

Manakala kaedah bayaran SYUKUR 2026 Fasa 1 secara tunai atau cek akan mula diagihkan kepada penerima yang layak dari 18 Mac hingga 25 Mac 2026. Tuntutan boleh dibuat di cawangan Sabah Credit Corporation (SCC) terdekat.

BILA TARIKH BANTUAN DIKREDITKAN

Penerima disarankan untuk membuat semakan status pembayaran melalui laman web rasmi SYUKUR atau dengan menyemak akaun bank berdaftar masing-masing bagi memastikan bantuan telah dikreditkan.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SABAH 2026 DIAGIHKAN?

Bayaran dibuat setiap 3 bulan sekali dan dikreditkan terus ke akaun penerima selepas status disahkan. Berikut butirannya:

FASATEMPOHTARIKHJUMLAH
Fasa 1Januari – Mac11 Mac 2026RM600
Fasa 2April – JunAkan dikemaskiniRM600
Fasa 3Julai – SeptemberAkan dikemaskiniRM600
Fasa 4Oktober – DisemberAkan dikemaskiniRM600

CARA BANTUAN SABAH 2026 DISALURKAN

Kaedah pembayaran termasuk:

  • Dikreditkan terus ke akaun bank penerima
  • Tunai di kaunter bank (bagi yang tiada akaun bank)
  • Dikreditkan ke e-Wallet (YONO Superapp)

Perhatian: Cara sebenar pengagihan bayaran bantuan mengikut ketetapan semasa kerajaan negeri.

BANTUAN SABAH 2026 PERMOHONAN

Permohonan dibuat secara online melalui sistem PADANS dan terbuka kepada rakyat Sabah yang memenuhi syarat serta berdaftar dalam eKasih dan PADANS. Ikuti langkah permohonan seperti di bawah:

  • Langkah 1: Log Masuk
  • Langkah 2: Pilih Borang
    • Klik ikon menu tiga garisan di kanan atas dan pilih Borang Permohonan.
  • Langkah 3: Lengkapkan Maklumat
    • Isi semua maklumat bertanda (*), termasuk:
      • Ketua Isi Rumah
      • Ahli Isi Rumah
      • Indikator
      • Pengesahan
  • Langkah 4: Hantar
    • Semak semula maklumat dan klik hantar. Notifikasi pengesahan akan dipaparkan selepas berjaya.

Perhatian: Pemohon yang mendaftar melalui Pejabat Daerah atau UPPM tetap perlu mengemas kini maklumat dalam sistem PADANS supaya kelayakan bantuan tidak terjejas.

BANTUAN SABAH 2026 SEMAKAN STATUS

Platform rasmi untuk semakan kelayakan adalah laman web https://syukur.sabah.gov.my atau YONO Superapp. Langkah penuh semakan status bantuan adalah seperti berikut:

SEMAK BANTUAN SABAH 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
  2. Klik “Semakan Permohonan”
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
  4. Tekan butang Semak
  5. Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.
BANTUAN SABAH 2026 SEMAKAN STATUS

SEMAK BANTUAN SABAH 2026 MELALUI APLIKASI

  1. Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
  2. Log masuk atau daftar akaun.
  3. Pilih menu Bantuan SYUKUR.
  4. Status bayaran & baki akan terpapar.
BANTUAN SABAH 2026 SEMAKAN STATUS

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah permohonan dibuat jika belum daftar eKasih?

Ya, tetapi pemohon digalakkan mendaftar eKasih atau PADANS supaya data boleh dimasukkan dengan betul.

Jika pemohon tidak layak, boleh rayu?

Pemohon boleh mengemaskini maklumat atau menghubungi pejabat daerah bagi pertanyaan rayuan.

Adakah tarikh bayaran sama untuk semua penerima?

Tarikh boleh berbeza mengikut fasa dan pengumuman rasmi kerajaan negeri.

Adakah bantuan ini terjejas jika berpindah negeri?

Biasanya tak layak jika tidak lagi bermastautin di Sabah.

Bolehkah bantuan dipindahkan kepada waris?

Ia bergantung kepada polisi pembayaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Sabah 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
  • Laman rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
  • Facebook Sekretariat Sabah Maju Jaya
  • Hotline: 088 338 338 / 010 – 5828207 (WhatsApp)

Leave a Comment