STR FASA 3 PERMOHONAN : PANDUAN CARA MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI KERAJAAN

STR FASA 3 PERMOHONAN : PANDUAN CARA MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI KERAJAAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 menjadi antara bantuan yang dinanti ramai bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Dengan kemudahan permohonan STR Fasa 3 secara dalam talian, proses kini lebih mudah dan cepat diakses oleh semua golongan.

Jika anda belum pernah memohon atau ingin memastikan kelayakan, panduan ini akan membantu anda memahami langkah yang perlu diambil dengan lebih jelas.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK MOHON STR 2026?

Kelayakan permohonan bantuan STR Fasa 3 2026 masih berpandukan syarat asas sedia ada dengan penambahbaikan berkala bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Syarat-syaratnya seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Sebagai makluman, kategori bujang yang memenuhi syarat akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad.

BILA BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?

Setakat ini, tarikh bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi. Penerima disarankan untuk sentiasa mengikuti pengumuman terkini daripada pihak kerajaan. Sebagai rujukan, bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan lebih awal mengikut jadual yang ditetapkan:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 DIAGIHKAN?

Jumlah bayaran bagi STR adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Bagi bantuan STR Fasa 3, jumlah sebenar masih belum diumumkan. Bayaran Fasa 1 & Fasa 2 juga boleh dijadikan rujukan bagi memahami struktur agihan bantuan ini:

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 DIAGIHKAN
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 DIAGIHKAN

SALURAN BAYARAN STR

Bantuan STR disalurkan melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan selamat. Kaedah bayaran adalah bergantung kepada kategori penerima sama ada melalui akaun bank atau saluran lain yang disediakan:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?

Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan STR Fasa 3, semakan serta kemas kini maklumat. Langkah pendaftaran:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

STR FASA 3 PERMOHONAN

Fasa 3 STR 2026 memberi peluang kepada individu yang belum membuat permohonan sebelum ini untuk mendaftar. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui kaunter LHDN berhampiran. Pastikan maklumat lengkap supaya proses kelulusan berjalan lancar.

STR FASA 3 PERMOHONAN
  • Permohonan STR Fasa 3 boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN STR FASA 3 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
STR FASA 3 PERMOHONAN

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN STR FASA 3 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

STR FASA 3 SEMAKAN STATUS

Status permohonan STR Fasa 3 boleh disemak melalui portal rasmi: 👉 bantuantunai.hasil.gov.my

Atau hubungi talian hotline BKK: 1-800-88-2747

Langkah semakan:

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan STR Fasa 3 sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
STR FASA 3 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal, semakan permohonan STR Fasa 3 juga boleh dibuat melalui aplikasi rasmi kerajaan. Pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif untuk mengakses maklumat bantuan. Langkah-langkah:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Status Permohonan STR Fasa 3 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan permohonan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 3

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT TERKINI

Pengemaskinian maklumat amat penting sekiranya terdapat perubahan bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah dalam proses bayaran bantuan. Berikut cara mudah untuk kemaskini maklumat permohonan:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT TERKINI

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah STR Fasa 3 dibuka kepada semua rakyat Malaysia?

Tidak, hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.

Bolehkah semakan dibuat pada bila-bila masa?

Ya, selagi sistem dibuka dan boleh diakses.

Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?

Tidak, ia adalah bantuan kewangan tanpa bayaran balik.

Bolehkah bantuan diterima tanpa akaun bank?

Boleh, tertakluk kepada kaedah bayaran alternatif.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Fasa 3 Permohonan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment