CARA TAMBAH KUOTA BUDI95 : SEMAK KELAYAKAN & LANGKAH PERMOHONAN

CARA TAMBAH KUOTA BUDI95 : SEMAK KELAYAKAN & LANGKAH PERMOHONAN

Ramai yang mencari cara tambah kuota BUDI95 bagi memastikan penggunaan petrol RON95 mencukupi untuk keperluan harian. Walaupun tiada cara tambah kuota BUDI95 secara terus, kerajaan menyediakan kemudahan semakan kelayakan dan penambahan kuota bagi kelayakan tertentu.

Melalui panduan ini, anda boleh memahami kelayakan dengan lebih jelas sebelum membuat tindakan.

BACA JUGA: PERMIT KHAS PETROL DIESEL

APA ITU BUDI95?

BUDI95 ialah inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan bagi melaksanakan subsidi petrol RON95 secara bersasar kepada golongan yang layak. Melalui sistem ini, pemberian subsidi tidak lagi dinikmati secara menyeluruh, sebaliknya ditentukan berdasarkan kriteria tertentu seperti pendapatan dan kategori pengguna.

Pendekatan ini bertujuan memastikan penggunaan subsidi lebih adil serta mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Selain itu, ia juga membantu memastikan golongan berpendapatan rendah terus mendapat manfaat yang sepatutnya.

SIAPA YANG LAYAK TERIMA BUDI95?

Kelayakan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Penilaian dibuat bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia (pemegang MyKad sah)
  • Lesen memandu aktif (tidak tamat tempoh melebihi 3 tahun)
  • Berumur 16 tahun ke atas (mengikut syarat lesen)
  • Tiada had pendapatan (semua layak memohon)
  • Had subsidi: 200 liter sebulan bagi setiap individu

BUDI95 CARA SEMAK KELAYAKAN

Pengguna yang layak boleh membuat semakan terkini subsidi dan baki kuota penggunaan petrol Budi95 melalui beberapa saluran:

  • Portal rasmi Budi 95: www.budi95.gov.my
  • Aplikasi Setel
  • Aplikasi CaltexGO

Cara semakan sangat mudah dan pantas. Ikuti langkah penuh semakan kelayakan Budi95 seperti di bawah ini:

BUDI95 SEMAKAN MELALUI PORTAL BUDI MADANI

  1. Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
  3. Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 300 liter sebulan.
BUDI 95 SEMAKAN

BUDI95 SEMAKAN MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun & daftar aplikasi Setel di https://www.setel.com/ref/6gasq.
  2. Klik ‘Check Eligibility’ (Nota: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
  3. Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.
BUDI 95 SEMAKAN

SEMAKAN BUDI95 MELALUI APLIKASI CALTEXGO

  1. Muat turun atau kemaskini aplikasi CaltexGO.
  2. Tekan bahagian RON95 Subsidy Program.
  3. Pautkan akaun Touch ‘n Go eWallet anda yang telah disahkan.
BUDI95 SEMAKAN KELAYAKAN

CARA TAMBAH KUOTA BUDI95

Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa permohonan cara tambah kuota had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tidak dibuka kepada umum. Kemudahan ini pernah diperkenalkan pada awal pelaksanaan BUDI95, namun hanya melibatkan kes tertentu seperti pengusaha bot dan pemandu e-hailing yang mempunyai keperluan operasi khusus serta memenuhi syarat ditetapkan.

CARA TAMBAH KUOTA BUDI95

Permohonan tambahan ini bukan untuk kegunaan peribadi, dan telah disalah tafsir sebagai terbuka kepada semua. Susulan itu, fungsi permohonan tambahan dalam portal BUDI95 kini telah dinyahaktifkan. Kesimpulannya, had subsidi kekal 200 liter sebulan, tanpa sebarang permohonan tambahan untuk orang awam.

CARA TAMBAH KUOTA BUDI95

KUOTA BUDI95 E-HAILING

Di bawah skim BUDI MADANI RON95 (BUDI95), pemandu e‑hailing yang layak akan terus menerima kuota subsidi petrol lebih tinggi berbanding pengguna biasa, berdasarkan jarak perjalanan bulanan.

  • 📌 Kuota maksimum: 800 liter sebulan untuk pemandu e‑hailing yang aktif.

Ini bermakna walaupun had subsidi asas umum diturunkan kepada 200 liter sebulan, pemandu e‑hailing yang layak masih ditetapkan sehingga 800 liter sebulan mengikut syarat kelayakan dan rekod perjalanan mereka.

KUOTA BUDI95 E-HAILING
JUMLAH JARAK PERJALANANKUOTA BUDI95
Kurang 2,000 km300 liter
2,000 km hingga 5,000 km600 liter (300 + 300 liter)
Lebih 5,000 km800 liter (300 + 500 liter)

Penetapan ini dibuat berdasarkan data perjalanan daripada syarikat e-hailing, dengan kerjasama APAD dan LPKP.

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Pemandu e-hailing aktif
    • Mestilah berdaftar dan aktif dengan syarikat e-hailing yang diiktiraf APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).
    • Kelayakan subsidi ditentukan berdasarkan jumlah jarak yang direkodkan dalam sebulan.
  • Pemandu Teksi Lapangan Terbang
    • Termasuk dalam skim jika beroperasi di bawah syarikat berlesen APAD.
    • Layak menerima kuota subsidi melalui Fleet Card di bawah skim subsidi petrol KPDN.
    • Limousin lapangan terbang yang tidak dikawal tambangnya oleh APAD tidak layak.

BAGAIMANA CARA TAMBAH KUOTA BUDI95 E-HAILING?

Langkah lengkap permohonan untuk tambah kuota BUDI95 bagi pemandu e-hailing adalah seperti di bawah:

  1. Layari portal rasmi: https://mysubsidi.kpdn.gov.my
  2. Daftar akaun / Log masuk
    • Pengguna baharu: klik Daftar Akaun dan isi maklumat diri
    • Pengguna sedia ada: terus log masuk
  3. Pilih skim berkaitan
    • Klik pada bahagian BUDI MADANI (RON95) dan pilih kategori E-Hailing
  4. Isi maklumat peribadi & kenderaan
    • Lengkapkan butiran seperti:
      • Maklumat diri
      • Maklumat lesen memandu
      • Maklumat kenderaan
  5. Masukkan maklumat e-hailing
    • Isi butiran syarikat e-hailing (contoh: Grab, inDrive, dll) dan ID pemandu
  6. Pengesahan data perjalanan
    • Sistem akan menyemak jarak perjalanan bulanan melalui data yang dibekalkan oleh syarikat e-hailing (APAD)
  7. Muat naik dokumen (jika diperlukan)
    • Contoh: lesen memandu, geran kenderaan atau dokumen sokongan lain
  8. Semak & hantar permohonan
    • Pastikan semua maklumat betul, kemudian klik HANTAR
  9. Semak status permohonan
    • Pantau kelulusan melalui portal atau emel yang didaftarkan

✅ Jika lulus, kuota subsidi akan diberikan mengikut jarak perjalanan bulanan anda.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah bantuan dihentikan selepas diluluskan?

Ya, jika tidak lagi memenuhi syarat syarat kelayakan.

Di mana boleh dapat info rasmi BUDI95?

Melalui portal rasmi dan pengumuman kerajaan.

Adakah sistem BUDI95 menggantikan subsidi sedia ada?

Ia merupakan penambahbaikan kepada sistem subsidi agar lebih teratur dan terkawal.

Bagaimana kerajaan menentukan kelayakan penerima?

Berdasarkan data dan maklumat rasmi yang berkaitan dengan profil pengguna.

Adakah pelaksanaan BUDI95 akan berubah dari semasa ke semasa?

Ya, tertakluk kepada dasar dan keputusan semasa kerajaan.

Adakah sistem ini melibatkan semua pengguna RON95?

Tidak, hanya golongan tertentu yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Cara Tambah Kuota BUDI95 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi Budi Madani: https://www.budi95.gov.my
  • Telefon: 1-300-88-9595
  • Emel: [email protected]
  • WhatsAPP: ‪+603-2631 4595‬

Leave a Comment