BANTUAN ANAK SEKOLAH 2026 : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) atau Bantuan Anak Sekolah merupakan inisiatif tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu meringankan beban ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolahan. Untuk tahun 2026, BAP diteruskan dengan jumlah bantuan sama seperti tahun sebelumnya, diberikan kepada murid sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan. Dalam masa yang sama, kerajaan turut menawarkan PTPTN percuma bagi peminjam tertentu melalui insentif penghapusan hutang, memberi kelegaan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Rujuk kupasan info penuh artikel di bawah tentang Bantuan Anak Sekolah ini.
BACA JUGA: BELANJAWAN 2026 : INTIPATI & PELAN EKONOMI MADANI
APA ITU BANTUAN ANAK SEKOLAH?
Bantuan Anak Sekolah adalah skim bantuan tunai diberikan kepada murid sekolah rendah dan menengah yang layak, bagi membantu kos persediaan seperti beg, buku, pakaian dan keperluan lain sebelum sesi persekolahan bermula.

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN ANAK SEKOLAH 2026?
Secara umumnya, kelayakan bantuan ini ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah serta status murid di sekolah. Berikut syarat utama:
- Murid warganegara Malaysia.
- Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
- Pendapatan isi rumah berada dalam kategori yang ditetapkan KPM (B40/M40 rendah – tertakluk kepada pengumuman semasa).
- Senarai penerima disahkan oleh pihak sekolah.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN ANAK SEKOLAH DIAGIHKAN?
Tarikh pembayaran dibuat sekali setahun biasanya sebelum sesi persekolahan bermula. Anggaran tarikh bayaran adalah bermula awal Januari 2026 secara berperingkat. Tarikh sebenar bergantung kepada pengumuman rasmi KPM.
Makluman: Pembayaran dilakukan secara tunai atau terus ke akaun (mengikut kaedah sekolah). Tarikh agihan bantuan mengikut takwim sekolah zon masing-masing.
BERAPA JUMLAH BANTUAN ANAK SEKOLAH?
Seramai 5.2 juta murid di sekolah kerajaan akan menerima bantuan RM150 seorang, melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM800 juta. Kadar RM150 ini turut dikekalkan sejak beberapa tahun lalu sebagai komitmen kerajaan untuk memberi sokongan yang adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang. Rujuk jadual di bawah:
| JUMLAH BANTUAN | PENERIMA |
|---|---|
| RM150 | Murid sekolah rendah & menengah |

MANFAAT BANTUAN
Bantuan ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar dan ibu bapa. Antaranya:
- Membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana
- Menggalakkan penyertaan penuh murid dalam sesi persekolahan
- Meringankan beban ibu bapa dalam membeli pakaian dan peralatan sekolah
- Menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan pendidikan negara
PTPTN PERCUMA 2026
Selain BAP, kerajaan meneruskan inisiatif penghapusan hutang PTPTN bagi peminjam tertentu bagi meringankan beban keluarga. Kategori yang layak PTPTN percuma adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Tamat pengajian di IPT tempatan yang diiktiraf kerajaan.
- Memperoleh kelas pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Pinjaman dibuat sepenuhnya dengan PTPTN.
- Permohonan dihantar dalam tempoh ditetapkan selepas tamat pengajian
Nota: Terma dan syarat bergantung kepada pekeliling rasmi PTPTN 2026.
Rujuk di sini: Pendidikan Percuma PTPTN
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. BAP tidak memerlukan permohonan. Ia ditentukan oleh pihak sekolah.
Ya, selagi termasuk dalam senarai penerima dan pendapatan isi rumah masih dalam syarat kelayakan.
Bergantung kepada garis panduan tahun semasa. Sesetengah kategori M40 rendah masih dipertimbangkan.
Selalunya awal tahun sebelum sesi persekolahan bermula.
Kaedah pembayaran ditentukan oleh sekolah; tunai atau terus ke akaun.
Ibu bapa boleh ambil di pejabat sekolah pada tarikh lain.
Rayuan bergantung kepada pihak sekolah dan peruntukan semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Anak Sekolah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
- Portal Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia: https://www.penerangan.gov.my/
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan: https://www.moe.gov.my/