MADANI MULA NIAGA : SUNTIKAN MODAL BSN SEHINGGA RM20,000 UNTUK USAHAWAN BAHARU
Program MADANI Mula Niaga merupakan skim pembiayaan khas oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu individu yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan. Dengan tawaran modal sehingga RM20,000, program ini memberi peluang kepada usahawan baharu mendapatkan modal pusingan, membeli peralatan, atau melakukan ubah suai asas premis.Inisiatif ini diwujudkan untuk menggalakkan rakyat menjana pendapatan sendiri serta mengembangkan potensi keusahawanan mikro.
Ikuti artikel ini untuk semak syarat kelayakan dan cara mohon MADANI Mula Niaga.
BACA JUGA: GERAN AGROPRENEUR MUDA 2025
APA ITU MADANI MULA NIAGA?
Program ini adalah skim pembiayaan BSN untuk membantu rakyat yang ingin memulakan perniagaan kecil. Ringkasnya, program ini menyediakan:
- Pembiayaan sehingga RM20,000
- Fokus kepada usahawan baharu / mikro
- Sokongan modal permulaan bagi operasi dan keperluan perniagaan
- Pembiayaan patuh Syariah

MANFAAT PEMBIAYAAN
Skim ini diwujudkan bagi memastikan usahawan baharu mampu memulakan perniagaan dengan modal yang mencukupi. Antara manfaat utama adalah:
- Membiayai modal pusingan
- Pembelian peralatan & kelengkapan perniagaan
- Pengubahsuaian premis asas untuk mula beroperasi
- Menampung kos operasi awal
- Memberi peluang rakyat menjana pendapatan sendiri
SYARAT KELAYAKAN PEMOHONAN
Permohonan terbuka kepada individu yang memenuhi syarat berikut:
- Perusahaan mikro/kecil yang baru memulakan perniagaan secara formal dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Bekerja sendiri termasuk profesional.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan).
BERAPA JUMLAH PEMBIAYAAN MADANI MULA NIAGA?
Pembiayaan ditawarkan dengan jumlah yang fleksibel mengikut keperluan pemohon. Butiran pembiayaan adalah seperti berikut:
| PERKARA | HURAIAN |
|---|---|
| Jumlah Pembiayaan | RM2,000 – RM20,000 |
| Kadar Tetap | 3.50% – 4.00% setahun |
| Tempoh Pembiayaan | 1 hingga 3 tahun |
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sediakan dokumen berikut sebelum memohon MADANI Mula Niaga:
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah (jika berkenaan).
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
- Salinan Kad Pesara / Penyata Bayaran Pencen atau sebarang dokumen untuk membuktikan pemilik perniagaan adalah pesara dari sektor Kerajaan (badan beruniform).
- Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.
- Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
BAGAIMANA CARA PERMOHONAN MADANI MULA NIAGA?
Permohonan dibuat secara atas talian di Laman Rasmi BSN. Langkah permohonan lengkap adalah seperti di bawah:
- Layari Laman Rasmi BSN: https://www.bsncheckin.com.my/MF/
- Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ cawangan utama negeri BSN
- Serah dokumen yang diperlukan.
- Pegawai akan menilai kelayakan & rancangan perniagaan.
- Jika lulus, pemohon akan dihubungi untuk tandatangan perjanjian pembiayaan.
- Pembiayaan akan dimasukkan ke akaun penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak wajib, tetapi disarankan mendaftar selepas pembiayaan diluluskan.
Sekitar 1–3 minggu bergantung kepada dokumen & penilaian.
Tidak. Pemohon hanya perlu menyediakan dokumen lengkap.
Ya, tetapi sangat ringkas sudah memadai.
Ya, termasuk pembelian stok & bahan mentah.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MADANI Mula Niaga ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://manfaat.mof.gov.my/b2025/perniagaan/madani-mula-niaga
- BSN MADANI Mula Niaga: https://www.bsn.com.my/page/MadaniMulaNiaga-i?lang=ms-MY
- Laman Rasmi BSN: https://www.bsncheckin.com.my/MF/
- Talian Perhubungan Pelanggan BSN: 03 2613 1900