PERMOHONAN STR FASA 1 2026 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON ONLINE

PERMOHONAN STR FASA 1 2026 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON ONLINE

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2026 telah menegaskan komitmen untuk meneruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memastikan golongan B40 dan M40 terus menerima bantuan kewangan secara berperingkat. Walaupun tarikh rasmi STR Fasa 1 2026 masih belum diumumkan, ramai yang sudah mula membuat persediaan untuk semakan kelayakan dan kemaskini maklumat bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada senarai penerima apabila permohonan dibuka nanti.

Artikel ini akan menjelaskan apa yang perlu pemohon tahu berkaitan syarat kelayakan, semakan status serta cara permohonan STR Fasa 1 2026 secara online.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat kelayakan bagi permohonan STR Fasa 1 2026 masih sama namun ditambah baik bagi memastikan agihan bantuan lebih adil dan telus kepada penerima yang layak. Berikut perinciannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Bagi tahun 2026, kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG DISALURKAN?

Jumlah bayaran STR 2026 yang disalurkan berbeza mengikut kategori penerima yang layak sama ada isi rumah B40, isi rumah M40, dan warga emas tanpa pasangan. Semak butiran penuh di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR & SEMAKAN STATUS?

Semua penerima termasuk pengguna baharu dan sedia ada perlu mendaftar akaun MySTR bagi melancarkan semakan status dan akses maklumat bantuan. Berikut langkahnya:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR & SEMAKAN STATUS

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR & SEMAKAN STATUS

CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

Bagi mengelakkan sebarang isu kelayakan, pastikan anda mengemaskini permohonan STR Fasa 1 mengikut langkah yang disediakan di portal rasmi MySTR. Berikut adalah langkah lengkap untuk membuat kemaskini:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

PERMOHONAN STR FASA 1 2026

Individu yang layak dan belum pernah membuat permohonan STR masih berpeluang untuk memohon bayaran STR Fasa 1 2026 secara dalam talian seperti panduan di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan :
    • Jika status perkahwinan adalah berkahwin, pilih “Berkahwin”.
    • Jika status perkahwinan adalah bercerai, pilih “Bercerai”.
    • Jika status belum berkahwin, pilih “Bujang”.
    • Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan :
    • Sekiranya anda memilih status perkahwinan sebagai “Berkahwin”, isikan semua maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada) :
    • Masukkan nama dan nombor MyKid anak anda jika ada dan terhad kepada 5 orang anak (tanggungan) sahaja untuk diisi.
  11. Muat naik dokumen sokongan :
    • Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. Masukkan maklumat waris :
    • Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
  13. Sahkan kod Captcha :
    • Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
  14. Hantar borang permohonan :
    • Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
  15. Permohonan berjaya :
    • Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN STR FASA 1 2026

SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN STR FASA 1

Adakah penerima STR 2025 perlu mohon semula?

Kebiasaannya, penerima sedia ada tidak perlu mohon semula kecuali terdapat perubahan maklumat penting seperti pendapatan, tanggungan atau status perkahwinan.

Adakah terdapat bantuan lain selain STR?

Ya, kerajaan mungkin menambah baik skim bantuan lain seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan khas mengikut kategori rakyat.

Adakah jumlah bayaran STR Fasa 1 2026 akan sama seperti tahun sebelumnya?

Jumlah bayaran belum diumumkan. Namun, kerajaan dijangka mengekalkan kadar munasabah bergantung kepada kategori penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan STR Fasa 1 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment