BUDI 95 LESEN SG : PERMOHONAN SUBSIDI RON95 UNTUK PEMEGANG LESEN SINGAPURA
Kerajaan Malaysia memperkenalkan Budi 95 Lesen SG sebagai inisiatif khas untuk membantu pemegang Lesen Memandu Singapura (LMS) yang menggunakan kenderaan berdaftar di Malaysia. Program ini membolehkan mereka menikmati subsidi petrol RON95 bagi mengurangkan beban kos bahan api, terutamanya bagi mereka yang berulang-alik bekerja antara Johor dan Singapura.
Melalui skim ini, pemegang lesen SG yang layak akan menerima bantuan subsidi RON95 bagi memastikan penggunaan petrol kekal terkawal dan disalurkan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.
BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK
APA ITU BUDI 95 LESEN SG?
Budi 95 Lesen SG ialah bantuan subsidi petrol RON95 yang diberikan kepada warganegara Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS) dan menggunakan kenderaan berdaftar di Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Budi Madani di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan memastikan bantuan subsidi disasarkan kepada individu yang layak sahaja.

TUJUAN & MANFAAT
Ada beberapa manfaat yang akan diperoleh dari skim ini. Antaranya ialah:
- Mengurangkan beban kos bahan api bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi menetap di Malaysia.
- Menjamin penggunaan subsidi RON95 secara terkawal dan lebih bersasar.
- Memberi peluang kepada pemegang LMS yang layak menikmati manfaat sama seperti pemilik lesen Malaysia lain di bawah skim Budi Individu.
APA SYARAT KELAYAKAN BUDI 95 BAGI PEMEGANG LESEN SG?
Antara syarat utama kelayakan skim ini ialah:
- Pemohon warganegara Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS).
- Mempunyai akaun bank aktif atas nama pemohon.
- Kenderaan digunakan untuk urusan harian dan berdaftar di Malaysia.
- Tidak menerima subsidi bahan api di bawah kategori lain.
- Memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

CARA PERMOHONAN BUDI 95 LESEN SG
Permohonan subsidi RON95 ini boleh dibuat secara atas talian sahaja. Berikut adalah langkah lengkap permohonan:
- Layari pautan rasmi JPJ: https://budi95lesensg.jpj.gov.my.
- Pilih kategori BUDI 95 Lesen SG.
- Isi maklumat peribadi, nombor LMS dan maklumat kenderaan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diperlukan.
- Hantar permohonan dan tunggu keputusan kelulusan melalui e-mel atau semakan di portal https://budi95.gov.my.
Makluman: Tarikh permohonan BUDI 95 Lesen SG bermula pada 16 Oktober 2025.
Semakan status permohonan boleh dibuat selepas 14 hari dari tarikh permohonan dihantar.

PANDUAN PEMEGANG LMS YANG TIDAK LAGI BEKERJA DI SG
Bagi pemegang LMS yang tidak lagi bekerja di Singapura, mereka masih boleh memohon subsidi ini selagi lesen LMS masih aktif dan memenuhi syarat kelayakan lain. Namun, sekiranya lesen tidak diperbaharui atau pemohon sudah bertukar lesen ke Malaysia sepenuhnya, mereka perlu memohon Budi Individu di bawah kategori warganegara biasa. Berikut perinciannya:
- Pemohon perlu membatalkan Lesen Memandu Singapura (LMS) terlebih dahulu melalui pihak berkuasa Singapura.
- Selepas itu, boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia (LMM) di mana-mana Pejabat JPJ yang berhampiran.
- Permohonan LMM hanya dibenarkan setelah disahkan tiada sebarang sekatan, penggantungan atau rekod sabitan terhadap LMS di Singapura.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Jumlah subsidi bergantung kepada kelulusan dan penggunaan petrol bulanan, selaras dengan kadar bantuan di bawah Inisiatif Budi Madani.
Proses biasanya mengambil masa sekitar 14 hingga 21 hari bergantung kepada semakan dokumen dan pengesahan data.
Ya, syarat utama adalah kenderaan berdaftar atas nama pemohon bagi mengelakkan sebarang penolakan permohonan.
Tidak. Skim ini hanya untuk warganegara Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS) sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Budi 95 Lesen SG ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Budi Madani: https://www.budi95.gov.my
- Telefon: 1-300-88-9595
- Emel: [email protected]
- WhatsAPP: +603-2631 4595