BILA RAYUAN STR MASUK (FASA 4 2025) – SEMAK STATUS BAYARAN
Ramai penerima STR kini tertanya-tanya bila rayuan STR Fasa 4 akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Proses bayaran ini penting bagi memastikan setiap rayuan yang diluluskan menerima jumlah bantuan mengikut tarikh seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.
Melalui artikel ini, anda boleh mengetahui jumlah bantuan, cara semak status rayuan dan bila tarikh bayaran masuk bagi rayuan STR.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Untuk memastikan bantuan STR Fasa 4 diagih dengan tepat dan telus, kerajaan memperincikan syarat kelayakan STR mengikut kategori penerima. Lihat senarai di bawah untuk butiran penuh:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Penting: Kelayakan pemohon bujang terhad kepada individu 21 tahun ke atas yang tidak lagi menuntut di IPT. Jika masih belajar (termasuk OKU 19+), mereka dikira sebagai tanggungan isi rumah.
BERAPA JUMLAH BAYARAN MASUK BAGI RAYUAN STR FASA 4?
Bagi Fasa 4 STR 2025, jumlah bayaran ditetapkan antara RM150 hingga RM700, tertakluk kepada kategori penerima. Maklumat lanjut mengenai jumlah bayaran boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?
Bayaran STR Fasa 4 diagihkan melalui 2 cara; terus ke akaun bank penerima yang aktif atau melalui pembayaran tunai di BSN bagi yang tiada akaun. Lihat maklumat penuh di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILA RAYUAN STR MASUK?
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan STR Fasa 4 2025 akan disalurkan lebih awal mulai 18 Oktober 2025 bagi meraikan sambutan Deepavali. Perincian bila masuk bayaran STR Fasa 4 bagi penerima sedia ada dan rayuan adalah seperti dalam jadual di bawah:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | Penerima Sedia Ada : 18 OKTOBER 2025 (secara berperingkat) Penerima Tunai Tiada Akaun : Mulai 21 OKTOBER 2025 Penerima Baru & Rayuan : Mulai 13 NOVEMBER 2025 |

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BAYARAN MASUK RAYUAN STR?
Untuk semakan bila status bayaran rayuan STR Fasa 4 dibuat, layari portal rasmi STR dan log masuk akaun MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my. Jika ada sebarang masalah, hubungi BKK di talian 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Langkah daftar akaun MySTR baru bagi penerima sedia ada dan pengguna baru sebelum membuat semakan bila rayuan STR masuk adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status bila masuk bayaran rayuan STR secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ) BILA RAYUAN STR MASUK
Ya, STR dibuka setiap tahun dengan pendaftaran baharu.
Tak semestinya. Semakan status di portal lebih tepat.
Ya, fasa terakhir bagi tahun 2025 sebelum pendaftaran baharu dibuka semula.
Hanya satu pihak layak biasanya ketua isi rumah.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bila Rayuan STR Masuk ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/