STR BUJANG FASA 4 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

STR BUJANG FASA 4 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 diteruskan bagi membantu golongan bujang yang layak menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Bantuan ini bertujuan meringankan kos sara hidup serta memastikan kesejahteraan rakyat terutama bagi kategori berpendapatan rendah. Melalui semakan STR bujang, penerima boleh mengetahui kelayakan, jumlah bayaran, serta tarikh pengkreditan ke akaun masing-masing.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

APA SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG?

Bagi memastikan bantuan STR sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan, terdapat syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi mengikut kategori bujang. Semak butiran syarat di bawah:

  • Bujang.
  • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
  • Berumur 21-59 tahun.
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
  • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Peringatan: Golongan bujang berusia 21 tahun ke atas dan OKU berumur 19 tahun ke atas yang sedang belajar sepenuh masa tidak layak memohon secara individu. Sebaliknya, mereka dimasukkan dalam kategori tanggungan isi rumah.

Selain itu, bantuan STR turut diberikan kepada kategori isi rumah & warga emas tanpa pasangan mengikut syarat kelayakan seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR BUJANG FASA 4?

Bayaran STR Fasa 4 diagihkan sebanyak RM150 kepada kategori bujang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rujuk jadual di bawah bagi melihat pecahan penuh:

KATEGORI PENERIMAKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
BUJANG BELIA600150150150150
BUJANG WARGA EMAS600150150150150
BUJANG OKU600150150150150

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR BUJANG DIAGIHKAN?

Setiap penerima STR Fasa 4 akan menerima bayaran sama ada melalui akaun bank yang berdaftar atau secara tunai di mana-mana cawangan BSN terdekat. Rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILA TARIKH BAYARAN STR BUJANG FASA 4 DIKREDITKAN?

Kerajaan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan lebih awal bermula 18 Oktober 2025 sempena sambutan Deepavali dalam pembentangan Belanjawan 2026. Perincian tarikh bayaran mengikut fasa bantuan adalah seperti dalam jadual di bawah:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 418 OKTOBER
BILA TARIKH BAYARAN STR BUJANG FASA 4 DIKREDITKAN

STR BUJANG SEMAKAN STATUS

Status bayaran Bantuan STR Fasa 4 boleh disemak terus di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk ke akaun MySTR dan tekan Semakan Status.
Untuk bantuan, hubungi 1-800-88-2747 (BKK) antara 9 pagi – 5 petang. Untuk memastikan maklumat STR anda terkini, log masuk ke akaun MySTR sebelum membuat semakan atau kemas kini. Ini langkah daftar akaun baru MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi STR:
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
STR BUJANG SEMAKAN STATUS

SOALAN LAZIM (FAQ)

Perlu daftar akaun MySTR ke?

Ya, semua pemohon mesti daftar akaun MySTR walaupun pernah ada akaun lama.

Kalau lupa kata laluan MySTR macam mana?

Klik Lupa Kata Laluan di laman MySTR dan ikut langkah pengesahan melalui emel atau nombor telefon berdaftar.

STR ni ada ikut negeri ke?

STR ialah bantuan persekutuan, tapi ada negeri yang tambah bantuan sendiri.

Kalau akaun bank tak aktif, macam mana?

Bayaran akan dikreditkan secara tunai di cawangan BSN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Bujang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment