BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF 100 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Terkini! Penghargaan untuk rakyat Malaysia dengan bantuan tambahan one off 100. Dalam usaha meneruskan agenda kesejahteraan rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu lagi inisiatif baharu di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Menerusi pengumuman yang dibuat secara langsung pada 23 Julai 2025, kerajaan akan memberi bantuan one-off sebanyak RM100 kepada setiap warganegara kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang. Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad, sekaligus memudahkan proses penebusan dan penggunaan di lebih 4100 kedai atau pasar raya terpilih.
Bagaimanakah cara membuat semakan status kelayakan bantuan tambahan one off 100 ini? Ikuti kupasan info lanjut yang telah disediakan.
BACA JUGA: CHECK ONLINE BANTUAN SARA MYKASIH 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF 100
Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan. Berikut adalah senarai syarat tersebut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF
Bantuan Tambahan One Off akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad kepada penerima mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM100 (TANGGUNGAN YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS LAYAK TERIMA RM100 SETIAP SEORANG) CONTOHNYA: SUAMI (RM100), ISTERI (RM100) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM100 |
| BUJANG | RM100 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF
Tarikh bayaran Bantuan Tambahan One Off 100 mengikut kategori penerima yang layak, seperti yang diperincikan berikut:
- BERMULA 31 OGOS 2025
- Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan asas sebelum tarikh luput bantuan sehingga 31 Disember 2025.
CARA GUNA BANTUAN TAMBAHAN
Penerima bantuan boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan tambahan one off 100 yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF 100 SEMAKAN
Semakan status bantuan tambahan one off 100 boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan Tambahan One Off 100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]