BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS DALAM MYKAD
Bantuan SARA MyKasih merupakan salah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diteruskan oleh kerajaan bagi meringankan beban sara hidup rakyat Malaysia. Ia diberikan secara bersasar kepada golongan B40 dan kini turut diperluas kepada sebahagian kumpulan M40 yang layak, khususnya mereka yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan penerima STR. Melalui program ini, penerima boleh menikmati bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad untuk pembelian barangan asas di pasar raya terpilih. Ia bukan sahaja memastikan ketelusan bantuan, malah memudahkan urusan rakyat tanpa memerlukan tunai fizikal. Semakan status kelayakan juga kini lebih mudah kerana boleh dilakukan secara online sahaja.
Bagaimanakah cara membuat semakan status bantuan SARA MyKasih 2025? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan di dalam artikel ini.
BACA JUGA: CHECK ONLINE BANTUAN BARANGAN DAPUR MYKASIH (2025)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Untuk melayakkan diri menerima bantuan SARA MyKasih 2025, pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | M450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH
Tarikh pembayaran bantuan berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti yang diperincikan berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
CARA GUNA SARA MYKASIH
Penerima yang layak boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
BANTUAN SARA MYKASIH 2025 SEMAKAN
Terdapat dua platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak status bantuan SARA MyKasih secara atas talian. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan SARA MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]