SARA MYKASIH DAFTAR : 2025 SEMAK CARA MOHON BANTUAN MYKAD
Program SARA MyKasih merupakan antara satu inisiatif penting kerajaan menerusi Belanjawan 2025 yang memberi manfaat kepada 9 juta penerima yang layak. Ia bertujuan bagi membantu isi rumah miskin dan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi dengan memberi bantuan barangan keperluan asas. Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad penerima untuk digunakan di lebih 1200 kedai/pasaraya terpilih.
Bagaimanakah cara untuk daftar bantuan SARA MyKasih? Semak panduan lengkap dibawah.
BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH RM200
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH
Ada beberapa syarat bagi melayakkan seseorang individu untuk menerima bantuan SARA MyKasih. Antaranya ialah:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai penerima STR dan/atau dalam sistem eKasih
- Pendapatan isi rumah kategori miskin/miskin tegar
- Tiada sumber pendapatan tetap
TARIKH BANTUAN SARA MYKASIH
Tarikh agihan bantuan SARA MyKasih adalah berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti maklumat berikut:
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BANTUAN | 
|---|---|
| Penerima STR & eKasih | 15 Januari 2025 hingga Disember 2025 | 
| Penerima STR sahaja | April hingga Disember 2025 | 
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Jumlah bantuan SARA MyKasih yang bakal diterima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke dalam MyKad penerima berdasarkan kategori berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN | 
|---|---|
| PENERIMA STR & EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) | ISI RUMAH: RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) BUJANG: RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) | 
| PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN) | ISI RUMAH: RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) BUJANG: Tidak layak | 
CARA SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH
Sebelum membuat transaksi pembelian, penerima bantuan boleh membuat semakan terlebih dahulu bantuan telah dikreditkan atau tidak kedalam Mykad. Ini dapat memudahkan urusan sebelum membuat sebarang pembelian barangan keperluan asas. Berikut adalah cara untuk membuat semakan bantuan SARA MyKasih secara online:
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Pilih menu [Semakan Status]
- Biasanya tertera di bahagian utama laman web.
 
- Masukkan maklumat berikut:
- Nombor Kad Pengenalan
- Kod captcha yang dipaparkan
 
- Klik butang [Semak] / [Submit]
- Paparan maklumat akan dipaparkan:
- Status kelayakan
- Jumlah bantuan
- Tarikh bayaran
- Baki terkini (jika ada)
 
- Selesai
DAFTAR SARA MYKASIH ONLINE
Tiada link permohonan atau pendaftaran secara online bagi bantuan SARA MyKasih. Bantuan ini diberikan kepada penerima yang dipilih secara automatik berdasarkan maklumat data silang STR & eKasih. Oleh itu, pemohon perlu pastikan mereka berdaftar dalam MySTR & tersenarai dalam data eKasih. Berikut adalah langkah lebih jelas sebagai panduan untuk pemohon bantuan:
CARA DAFTAR AKAUN STR (PERMOHONAN)

- Layari Laman Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik [Permohonan Baharu]
- Isi Maklumat Peribadi:
- Nama penuh
- Nombor MyKad
- Alamat
- Maklumat pendapatan isi rumah
- Maklumat pasangan & anak (jika ada)
 
- Muat Naik Dokumen Sokongan (jika perlu)
- Contoh: salinan kad pengenalan/sijil nikah/sijil lahir anak/penyata gaji dll.
 
- Semak dan Sahkan Maklumat
- Pastikan maklumat tepat sebelum hantar.
- Hantar Permohonan
- Klik butang [Hantar].
 
- Simpan nombor rujukan sebagai bukti permohonan.
- Selesai.
CARA DAFTAR DALAM eKasih
Individu yang ingin mendaftar akaun eKasih perlu merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Pendaftaran ini bergantung kepada syarat pemohonan pendaftaran eKasih. Ini kerana hanya golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 layak untuk dibanci.
Rujuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan di: https://www.icu.gov.my/

RUJUKAN
Segala info dalam artikel ini ditulis berdasarkan maklumat terkini sebagai panduan umum sahaja. Pembaca dinasihatkan untuk menghubungi pihak di bawah jika terdapat sebarang persoalan atau pertanyaan lanjut:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
