SARA MYKASIH BARANG APA : SEMAKAN SENARAI BARANGAN ASAS TERKINI
PENGENALAN
Kos sara hidup semakin meningkat, barang dapur pun makin mahal. Mujurlah ada bantuan SARA MyKasih 2025 yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Bagi penerima bantuan ini, penting untuk tahu senarai barang yang dibenarkan supaya pembelian di kedai tidak tersilap dan urusan membeli lebih lancar.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, “Barang apa sebenarnya yang boleh dibeli guna MyKad SARA MyKasih tu?” Artikel ini akan senaraikan barangan asas terkini yang boleh dibeli serta lokasi kedai yang terlibat.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
CARA PEMBELIAN BARANG SARA MYKASIH
- Pilih Barangan
- Pilih barangan daripada 13 kategori yang diluluskan & pastikan terdapat label MyKasih pada rak harga.
- Tunjukkan MyKad
- Serahkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dibeli.
- Sahkan Transaksi
- Masukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
- Simpan Resit
- Simpan resit pembelian untuk rujukan dan semakan baki.
- Selesai
SARA MYKASIH BARANG APA ?
Penerima bantuan SARA MyKasih 2025 boleh menggunakan kredit bantuan bulanan dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas yang telah diluluskan. Terdapat 13 kategori barangan yang dibenarkan. Antaranya:
| KATEGORI BARANGAN | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| Beras | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| Roti | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| Telur | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| Minyak Masak | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| Tepung | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| Biskut | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| Mi Segera | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| Minuman | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| Bahan Perasa | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s, Adabi |
| Produk Kebersihan | Dettol, Lifebuoy, Colgate, Kotex |
| Ubat-ubatan | Panadol, Uphamol, Prospan, Hurix’s, Sterimar, Difflam |
| Barangan Persekolahan | Faber-Castell, Staedtler |
SENARAI KEDAI RUNCIT & PASARAYA
Bantuan SARA MyKasih boleh digunakan di lebih daripada 1,200 kedai runcit dan pasaraya berdaftar di seluruh Malaysia. Untuk menyemak senarai penuh kedai berdekatan, sila layari: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Antara kedai dan pasaraya yang terlibat adalah seperti berikut:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- Lotus’s (Tesco)
- The Store
- Pacific
- 99 Speedmart
- Milimewa
- Kedai koperasi & pasar mini tempatan
KESIMPULAN
Duit dalam MyKad itu khas untuk barang asas sahaja. Jadi, penting untuk penerima bantuan tahu barang apa yang termasuk dan kedai yang mana boleh membeli dengan MyKad. Pastikan anda memanfaatkan bantuan ini sebaik mungkin dan semak senarai barang yang dibenarkan agar tiada kekeliruan semasa membeli barang dapur. Semakan senarai barangan dan kedai terlibat adalah penting untuk memastikan kelancaran proses pembelian dan menjimatkan perbelanjaan.
PENAFIAN
Segala info dalam artikel ini hanya bertujuan sebagai panduan umum sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang perubahan kategori barangan atau senarai kedai yang terlibat. Para pembaca digalakkan untuk merujuk laman rasmi MyKasih atau pihak berkuasa berkaitan untuk pengesahan info dan sebarang perubahan terkini.
RUJUKAN
- Aplikasi MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Laman Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel Rasmi MyKasih: [email protected]