MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 : STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM2100 DALAM MYKAD

MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 : STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM2100 DALAM MYKAD

PENGENALAN

Kerajaan Malaysia meneruskan komitmen membantu golongan berpendapatan rendah melalui program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025. Inisiatif ini disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak sehingga RM2100 dan dapat membuat pembelian barangan asas di kedai yang terpilih.

Bagaimana nak buat semakan dan status kelayakan bantuan MyKasih SARA? Ikuti info dan panduan lengkap yang telah kami sediakan.

BACA JUGA: SEMAK SENARAI TAMBAHAN BARANGAN YANG DILULUSKAN

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk melayakkan seseorang individu untuk menerima bantuan MyKasih SARA. Antaranya ialah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, bujang atau warga emas tiada pasangan.
  3. Tersenarai sebagai penerima miskin tegar/miskin dalam data eKasih.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH

Jumlah bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima berbeza mengikut kategori berikut:

  1. Isi Rumah (STR & eKasih):
    • RM2,100 setahun (RM100 sebulan Januari-Mac, RM200 sebulan April-Disember).
  2. Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih):
    • RM1,650 setahun (RM100 sebulan Januari-Mac, RM150 sebulan April-Disember).
  3. Bujang (STR & eKasih):
    • RM600 setahun (RM50 sebulan Januari–Disember).
  4. Isi Rumah (STR sahaja):
    • RM900 setahun (RM100 sebulan April-Disember).
  5. Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja):
    • RM450 setahun (RM50 sebulan April-Disember).

SEMAKAN MYKASIH SARA 2025

Terdapat dua cara mudah yang boleh digunakan oleh penerima bantuan MyKasih SARA 2025 untuk membuat semakan. Berikut disertakan platform online dan panduan ringkas untuk membuat semakan:

PORTAL MYKASIH

  • Layari laman rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
  • Klik “Semak Kelayakan”.
  • Masukkan nombor MyKad & kod captcha.
  • Klik “Semak Status” untuk melihat keputusan.
  • Selesai.

APLIKASI MYKASIH

  • Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play/Apple App Store.
  • Buka aplikasi & masukkan nombor MyKad serta nombor telefon.
  • Tandakan persetujuan terma dan klik “Next”.
  • Status kelayakan akan dipaparkan.
  • Selesai.

CEK BAKI MYKASIH 2025

Penerima bantuan MyKasih SARA dapat menyemak baki bantuan dengan lebih pantas menggunakan aplikasi MyKasih. Kami sertakan panduan cara semakan mengikut langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi MyKasih & log masuk.
  2. Semak baki bantuan yang dipaparkan dalam akaun MyKad.
  3. Selesai.

Nota Tambahan: Baki jumlah bantuan juga turut dipaparkan pada resit pembelian di kedai yang terpilih.

KESIMPULAN

Program Bantuan SARA MyKasih 2025 merupakan satu inisiatif kerajaan yang sangat membantu golongan memerlukan. Dengan proses semakan yang mudah dan jumlah bantuan yang signifikan, diharapkan penerima dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan melakukan semakan online secara berkala melalui saluran rasmi yang disediakan.

RUJUKAN

Leave a Comment