CHECK KADAR TOL LEBUHRAYA PLUS : SEMAKAN HARGA TOL TERKINI 2026
Lebuhraya PLUS adalah laluan utama yang menghubungkan utara & selatan Semenanjung negara kita. Para pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk menyemak kadar tol sebelum memulakan perjalanan agar dapat menjimatkan bajet harian.
Artikel kali ini akan memberi panduan kepada pembaca tentang cara check harga tol lebuhraya PLUS terkini secara atas talian.
BACA JUGA: TARIKH BAYARAN BUDI MADANI
CARA CHECK KADAR TOL LEBUHRAYA PLUS
Terdapat beberapa cara yang dapat membantu pengguna lebuhraya untuk check kadar tol lebuhraya PLUS secara atas talian. Maklumat sebegini pastinya berguna dalam merancang bajet perjalanan lebih awal.
- Portal Rasmi PLUS
- Layari https://www.plus.com.my.
- Klik pada menu “Toll Fare Calculator”.
- Pilih plaza tol masuk & keluar.
- Pilih kelas kenderaan.
- Kadar tol akan dipaparkan.
- Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
- Layari https://www.llm.gov.my.
- Klik pada menu “Kalkulator Tol”.
- Pilih Lebuhraya PLUS.
- Pilih plaza tol masuk & keluar.
- Klik butang “Hantar” untuk melihat kadar tol.
- Aplikasi PLUS
- Muat turun aplikasi PLUS di Google Play Store/Apple App Store.
- Buka aplikasi & pilih “Toll Fare”.
- Masukkan plaza tol masuk & keluar (sertakan kelas kenderaan).
- Kadar tol akan dipaparkan.
- Aplikasi Navigasi (Waze/Google Maps)
- Gunakan aplikasi Waze/Google Maps untuk merancang perjalanan.
- Waze akan menganggarkan kadar tol untuk laluan yang dipilih.
- Google Maps hanya menunjukkan laluan yang melibatkan tol, tetapi tidak memaparkan kadar tol .
KADAR TOL TERKINI PLUS 2026
Senarai di bawah adalah kadar tol PLUS semasa di beberapa laluan utama bagi kenderaan Kelas 1 (kereta persendirian):
| LALUAN | KADAR TOL |
|---|---|
| Kuala Lumpur – Johor Bahru | RM45.60 |
| Kuala Lumpur – Ipoh | RM20.60 |
| Kuala Lumpur – Pulau Pinang (Juru) | RM45.60 |
| Kuala Lumpur – Melaka | RM13.70 |
| Sungai Besi – Skudai | RM33.21 |
| Sungai Besi – Ayer Keroh | RM12.87 |
| Jalan Duta – Ipoh | RM21.73 |
| Damansara – Juru | RM35.26 |
Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙
Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun tol sebanyak 50% untuk semua kenderaan persendirian Kelas 1. Inisiatif ini bertujuan meringankan kos perjalanan pulang ke kampung. 🚗

Tempoh diskaun:
🗓 18 Mac 2026 (12.01 pagi) hingga 19 Mac 2026 (11.59 malam)

SOALAN LAZIM (FAQ) CHECK KADAR TOL LEBUHRAYA PLUS
Kadar tol bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan. Semakin jauh perjalanan, semakin tinggi jumlah tol.
Tidak semestinya. Kadar tol hanya berubah jika ada pengumuman rasmi daripada pihak lebuhraya atau kerajaan.
Tol dikira berdasarkan jarak antara plaza tol masuk dan keluar serta kelas kenderaan yang digunakan.
Kelas 1 merujuk kepada kenderaan persendirian seperti kereta biasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Check Kadar Tol Lebuhraya PLUS ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi PLUS Malaysia Berhad: https://www.plus.com.my/
- PLUSline: 1-800-88-0000