SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & PANDUAN BELI GUNA MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ialah bantuan berbentuk kredit barangan asas yang disalurkan melalui MyKad kepada penerima yang layak di bawah data STR dan eKasih. Melalui program ini, penerima boleh membeli keperluan asas di pasar raya berdaftar MyKasih tanpa perlu memohon secara manual.
Artikel ini menerangkan cara semak kelayakan, jumlah bantuan dan maklumat lain yang perlu diketahui bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2026.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026?
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan melalui semakan data pendapatan, rekod STR dan eKasih. Antara syarat umum yang digunapakai adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BAGAIMANA CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH?
Tiada permohonan baharu diperlukan untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 kerana proses kelayakan dibuat menggunakan data STR. Cara memastikan anda layak adalah seperti berikut:
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*Bagi penerima STR 2025/2026: Data anda akan disemak secara automatik oleh MOF dan KPDN. Jika layak, anda akan terus didaftarkan sebagai penerima SARA tanpa perlu permohonan tambahan.
BILA TARIKH SARA 2026 DIKREDITKAN?
Tarikh rasmi pembayaran Sumbangan Asas Rahmah 2026 masih belum diumumkan. Orang ramai disarankan membuat semakan melalui saluran berikut:
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Rujuk Portal MyKasih dan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA?
Jumlah bantuan SARA 2026 akan dikreditkan setiap bulan mengikut kategori penerima. Perinciannya adalah seperti dalam jadual berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
Sebagai sebahagian daripada inisiatif SARA 2026, kerajaan turut menyalurkan bayaran one-off RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari. Langkah ini memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta rakyat, dengan keseluruhan peruntukan STR dan SARA mencecah RM15 bilion hasil penjimatan subsidi. Pembayaran dibuat terus kepada penerima melalui sistem rasmi kerajaan.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Semakan status Sumbangan Asas Rahmah 2026 boleh dibuat melalui Portal STR atau SARA. Untuk pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut cara semakan yang mudah:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PANDUAN BELI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH GUNA MYKAD
Pembelian barangan asas SARA 2026 hanya menggunakan MyKad di pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih. Langkah pembeliannya adalah seperti berikut:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, baki kredit boleh dipindahkan pada bulan seterusnya sehingga tamat tarikh luput.
Tidak boleh. Hanya MyKad milik penerima berdaftar dibenarkan untuk transaksi.
Tidak. Ia hanya boleh digunakan di kedai dan pasar raya yang terlibat dalam Program MyKasih.
Ya, transaksi tidak dapat dibuat sehingga penerima menggantikan MyKad baharu dan disahkan oleh sistem.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Sumbangan Asas Rahmah ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/