SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN & PANDUAN BELI GUNA MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan bantuan barangan asas yang disalurkan melalui platform MyKasih kepada isi rumah B40 yang layak. Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai (cashless) dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasar raya terpilih menggunakan MyKad. Ia diteruskan sebagai usaha kerajaan membantu kos sara hidup rakyat, khususnya golongan miskin dan miskin tegar.
Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026?
Kelayakan SARA 2026 ditentukan terus oleh kerajaan melalui semakan data pendapatan dan rekod eKasih. Antara syarat umum yang diguna pakai adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BILA TARIKH BAYARAN DIKREDITKAN?
Tarikh rasmi pembayaran Sumbangan Asas Rahmah 2026 belum diumumkan. Orang ramai disarankan untuk:
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Rujuk Portal MyKasih dan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

BERAPA JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 DISALURKAN?
Jumlah bantuan dikreditkan setiap bulan mengikut kategori penerima. Butirannya seperti dalam jadual berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
Sebagai sebahagian daripada inisiatif SARA 2026, kerajaan akan menyalurkan bayaran one-off RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari.
- Memanfaatkan kira-kira 22 juta rakyat.
- Peruntukan keseluruhan STR & SARA mencecah RM15 bilion hasil penjimatan subsidi.
- Pembayaran terus kepada penerima melalui sistem yang ditetapkan kerajaan.

SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Semakan status SARA 2026 boleh dibuat melalui Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau SARA (https://sara.gov.my). Untuk sebarang pertanyaan, hubungi STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut langkah semakan mudah:
SEMAK MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

BAGAIMANA CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)?
Tiada permohonan baharu diperlukan untuk Sumbangan Asas Rahmah 2026. Bantuan ini diproses sepenuhnya berdasarkan data STR. Cara memastikan anda layak:
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Mohon STR terlebih dahulu (jika belum).
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat adalah tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*Bagi penerima STR 2025/2026: Data anda disemak secara automatik oleh MOF & KPDN. Jika layak, anda akan terus didaftarkan sebagai penerima SARA tanpa permohonan tambahan.
CARA GUNA SARA 2026 DALAM MYKAD
Pembelian barangan asas Sumbangan Asas Rahmah 2026 hanya menggunakan MyKad di pasar raya berdaftar MyKasih. Langkah-langkah pembelian:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, selagi barang tersebut tersenarai sebagai barangan asas yang dibenarkan.
Anda perlu membuat penggantian MyKad baharu sebelum boleh bertransaksi.
Ya, bergantung kepada kawasan, tetapi perlu ikut senarai pasar raya yang menyokong MyKasih.
Ya, jika kategori tersebut termasuk dalam senarai barangan asas yang dibenarkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Sumbangan Asas Rahmah 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/