STR 2026 – SEMAKAN STATUS, JUMLAH, TARIKH BAYARAN & PERMOHONAN BARU
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan sebagai inisiatif bantuan kewangan kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Bantuan ini disalurkan secara berfasa kepada penerima yang layak berdasarkan kategori dan pendapatan isi rumah. Oleh itu, semakan status kelayakan, jumlah bantuan, tarikh bayaran serta proses permohonan baharu perlu difahami dengan jelas supaya penerima tidak terlepas sebarang maklumat penting berkaitan STR 2026.
Rujuk lampiran maklumat di bawah untuk penjelasan penuh.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Penerima STR 2026 mestilah tergolong dalam kategori yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditentukan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman penting: Kategori bujang akan menerima Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA TARIKH BAYARAN STR 2026?
Tarikh bayaran bagi bantuan STR dibuat dalam empat (4) kali sepanjang tahun 2026 mengikut fasa. Bayaran ini ditentukan berdasarkan pengumuman rasmi pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Dimana, bagi fasa 1 bayaran telah mula dikreditkan berdasarkan tarikh berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

CARA BAYARAN STR 2026 DISALURKAN
Bantuan STR 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah berikut:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
➡️ Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦 Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
➡️ Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR DIAGIHKAN?
Jumlah kelayakan Bantuan STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori penerima yang diluluskan. Berikut adalah butiran jumlah keseluruhan & bayaran bagi Fasa 1 bantuan STR 2026 yang telah diterima:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

SEMAKAN STATUS STR
Semakan status terkini bantuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada talian Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang) dalam waktu operasi yang ditetapkan. Langkah semakan lengkap seperti tersedia di bawah:
SEMAKAN STATUS STR MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAKAN STATUS STR MELALUI MYGOV MALAYSIA
Sebelum membuat semakan melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu mendaftar serta mengaktifkan akaun MyDigital ID terlebih dahulu. Berikut adalah panduan ringkasnya:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan status Bantuan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BAGAIMANA NAK DAFTAR AKAUN MYSTR?
Semua penerima STR, sama ada pemohon baharu atau sedia ada, perlu mempunyai akaun MySTR bagi tujuan semakan status, bayaran dan kemaskini maklumat bantuan. Ikuti langkah daftar akaun MySTR di bawah ini:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

CARA MOHON BANTUAN STR
Pemohon yang layak boleh membuat permohonan baharu STR 2026 sepanjang tahun melalui portal MySTR. Permohonan untuk Fasa 2 STR 2026 telah dibuka bermula 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Berikut adalah langkah permohonan secara online & manual:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:
STR 2026 PERMOHONAN SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui portal rasmi atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
BAGAIMANA NAK BUAT RAYUAN STR 2026?
Rayuan bagi permohonan STR terdahulu yang gagal telah pun dibuka. Tarikh rayuan adalah seperti berikut:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Proses rayuan secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN
Bagi memastikan kelayakan tidak terjejas, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan secara berkala melalui sistem MySTR. Langkah-langkahnya seperti berikut:
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya. Permohonan baharu boleh dibuat sepanjang tahun melalui sistem MySTR.
Ya. Kemaskini maklumat digalakkan bagi memastikan data kekal tepat dan kelayakan tidak terjejas.
STR ialah bantuan tunai atau sokongan tunai kepada isi rumah/individu layak.
SARA ialah kredit bagi barangan keperluan asas.
Ya, OKU yang memenuhi syarat umur dan pendapatan layak menyertai kategori sesuai.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/