STR FASA 2 SEMAKAN STATUS : SEMAK JUMLAH YANG LAYAK MENGIKUT KATEGORI BAGI PENERIMA YANG LULUS

STR FASA 2 SEMAKAN STATUS : SEMAK JUMLAH YANG LAYAK MENGIKUT KATEGORI BAGI PENERIMA YANG LULUS

STR Fasa 2 semakan status merupakan antara perkara yang sering dicari oleh penerima bantuan kerajaan bagi mengetahui jumlah bayaran yang layak diterima mengikut kategori masing-masing. Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan sebagai bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.

Oleh itu, penerima disarankan memahami syarat kelayakan, jumlah bayaran mengikut kategori serta cara semakan yang disediakan bagi memudahkan urusan berkaitan STR Fasa 2 tahun 2026.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR?

Penilaian biasanya mengambil kira beberapa faktor seperti pendapatan isi rumah, status perkahwinan serta bilangan tanggungan yang didaftarkan dalam sistem. Antara syarat-syarat STR 2026 adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Individu dalam kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2?

Jumlah bayaran bagi bantuan STR Fasa 2 2026 adalah antara RM100 hingga RM600, bergantung kepada kategori kelayakan penerima serta had maksimum bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Butirannya seperti di bawah:

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

BAGAIMANA BAYARAN FASA 2 STR DIAGIHKAN?

Bantuan STR akan diagihkan melalui saluran pembayaran yang telah ditetapkan bagi memastikan proses agihan berjalan dengan lancar dan selamat. Berikut butirannya:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 2 DIKREDITKAN?

Bayaran bagi bantuan STR Fasa 2 mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026. Proses pembayaran secara berfasa ini dilakukan bagi memastikan agihan bantuan kepada penerima dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan teratur.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 2 DIKREDITKAN

STR FASA 2 SEMAKAN STATUS

Penerima boleh membuat semakan status bayaran STR Fasa 2 melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my. Selain itu, maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Langkah semakan biasanya adalah seperti berikut:

STR FASA 2 SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
STR FASA 2 SEMAKAN STATUS

STR FASA 2 SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain menggunakan portal rasmi, semakan status STR Fasa 2 juga boleh dilakukan melalui aplikasi rasmi kerajaan yang disediakan. Walau bagaimanapun, pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif sebelum boleh mengakses maklumat bantuan melalui aplikasi tersebut.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan STR Fasa 2 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 2 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
STR FASA 2 SEMAKAN STATUS

PENDAFTARAN AKAUN MYSTR

Pemohon baharu serta penerima sedia ada disarankan untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan pengurusan bantuan secara dalam talian. Ikuti langkah penuh di bawah:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN AKAUN MYSTR

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENERIMA

Pengemaskinian maklumat adalah penting sekiranya terdapat perubahan pada maklumat pemohon. Perubahan seperti pendapatan isi rumah, status perkahwinan atau maklumat akaun bank perlu dikemas kini bagi memastikan bayaran bantuan dapat disalurkan tanpa sebarang kelewatan. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENERIMA

BAGAIMANA CARA STR 2026 DIMOHON?

Permohonan baharu bagi bantuan STR dibuka sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada individu yang layak memohon bantuan ini. Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat bagi memudahkan proses penilaian kelayakan.

  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BAGAIMANA CARA STR 2026 DIMOHON

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Mengapa penting untuk membuat semakan status STR Fasa 2?

Semakan membantu penerima mengetahui sama ada mereka masih layak menerima bayaran pada fasa tersebut.

Bolehkah semakan STR dibuat menggunakan telefon pintar?

Ya, portal rasmi boleh diakses melalui pelayar internet pada telefon bimbit.

Apakah yang perlu dilakukan jika maklumat kelayakan berubah?

Penerima disarankan mengemas kini maklumat melalui sistem rasmi yang disediakan.

Adakah keputusan kelayakan boleh berubah dari semasa ke semasa?

Ya, keputusan mungkin berubah sekiranya terdapat perubahan pada maklumat pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment