Program bantuan SARA MyKasih 2026 membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit yang dimasukkan terus ke MyKad. Inisiatif ini bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan penting harian secara tanpa tunai di kedai terpilih seluruh Malaysia. Senarai kategori barang SARA MyKasih 2026 yang dibenarkan sentiasa dikemas kini bagi memastikan bantuan kekal relevan dengan keperluan semasa pengguna.
Maklumat lanjut telah disusun di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
SENARAI BARANG SARA MYKASIH 2026
Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan penambahan kategori produk baharu sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada penerima bantuan. Terdapat 15 kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli. Setiap kategori merangkumi pelbagai jenis produk harian seperti makanan asas, barangan dapur dan keperluan isi rumah. Berikut adalah senarai terkini barang SARA MyKasih 2026:
| KATEGORI BARANGAN | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico, Susu UHT (semua perisa), Susu pasteur, Yogurt (pek kecil & besar) |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| KEPERLUAN SEKOLAH | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| PRODUK KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |
| MAKANAN SEJUK BEKU & SEDIA DI MAKAN | Roti Canai, Pratha, Burger, Sosej, Kentang Goreng, Onion Rings, Chicken Popcorn, Pau, Popiah, Karipap, Ayam, Nugget, Sayuran sejuk beku, Spaghetti & Nasi Lemak sedia dimakan |

⚠️ Jenama yang disenaraikan hanyalah contoh rujukan dan tidak terhad kepada jenama tertentu sahaja.

SENARAI KEDAI BARANG SARA MYKASIH
Penerima boleh menggunakan bantuan di lebih 10,000 premis rakan niaga termasuk pasar raya dan kedai runcit terpilih di seluruh negara. Kedai yang menerima pembayaran SARA biasanya memaparkan tanda atau pelekat pengesahan program. Ketersediaan kedai bergantung kepada lokasi tempat tinggal penerima. Berikut adalah contoh senarai kedai untuk pembelian barang SARA MyKasih 2026:
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- Billion
- The Store
- Aeon Big
- TF Value Mart
- 99 Speedmart
- KK Super Mart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Super Seven
Perhatian: Untuk senarai lokasi kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA MYKASIH TERKINI?
Penerima boleh menyemak baki bantuan melalui beberapa kaedah:
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki SARA bulanan akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
- Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
BAGAIMANA CARA GUNA MYKAD UNTUK BELI BARANG SARA MYKASIH?
Langkah penggunaan bantuan SARA MyKasih secara tanpa tunai adalah seperti berikut:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 15 kategori senarai yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak, hanya premis berdaftar sahaja menerima pembayaran ini.
Tidak, hanya barangan yang diluluskan sistem sahaja boleh dibayar.
Tidak boleh, ia hanya sah digunakan oleh penerima.
Tidak, kredit hanya untuk pembelian barang.
Boleh selagi premis tersebut rakan niaga program SARA MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Senarai Barang SARA MyKasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]