SEMAKAN SUBSIDI DIESEL : SEMAK KELAYAKAN & KUOTA TERBARU (2026)
Subsidi diesel 2026 kini dilaksanakan secara bersasar melalui inisiatif BUDI MADANI, bagi memastikan bantuan hanya sampai kepada golongan yang benar-benar layak. Bantuan ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos bahan api, malah memainkan peranan penting dalam menstabilkan harga barangan.
Jadi, penting untuk faham syarat, kategori dan cara semakan subsidi diesel agar tidak terlepas bantuan bulanan yang disediakan.
BACA JUGA: PERMIT KHAS PETROL DIESEL
APA ITU SUBSIDI DIESEL?
Subsidi diesel 2026 dilaksanakan melalui program BUDI MADANI Diesel, iaitu bantuan bersasar yang menggantikan subsidi pukal sebelum ini. Melalui sistem ini:
- Bantuan diberikan dalam bentuk tunai bulanan kepada penerima layak.
- Subsidi diagihkan secara lebih adil dan terkawal.
- Ketirisan dan penyeludupan diesel dapat dikurangkan.
SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI DIESEL BUDI MADANI
Program BUDI MADANI Diesel menyalurkan subsidi bahan api secara bersasar kepada golongan yang layak melalui tiga kategori utama iaitu BUDI Individu, BUDI Agri-Komoditi dan MySubsidi Diesel (SKDS 2.0). Setiap kategori mempunyai syarat kelayakan tersendiri bergantung kepada jenis kenderaan, tahap pendapatan serta tujuan penggunaan diesel.
Syarat Kelayakan Umum
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah (berdasarkan data LHDN)
- Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI
- BUDI Individu
- Kategori ini terbuka kepada individu yang memiliki kenderaan diesel persendirian bukan mewah dan berdaftar atas nama sendiri.
- Syarat utama:
- Pemilik kenderaan diesel persendirian berdaftar menggunakan MyKad
- Kenderaan bukan kategori mewah dan berusia lebih 10 tahun
- Tidak digunakan untuk tujuan komersial
- Pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000
- Cukai jalan masih aktif
- Kenderaan TIDAK layak:
- Kenderaan milik syarikat atau pertubuhan
- Kenderaan mewah (contoh: Audi, BMW, Mercedes-Benz) berusia bawah 10 tahun
- Kenderaan e-hailing
- Motosikal diesel, karavan, motorhome, van persiaran dan bas persiaran
- BUDI Agri-Komoditi
- Kategori ini disasarkan kepada petani, penternak dan pekebun kecil yang menggunakan diesel untuk aktiviti pertanian dan komoditi.
- Syarat kelayakan:
- Berdaftar dengan agensi di bawah KPKM atau KPK seperti RISDA, LGM, MPOB atau LPP
- Aktif dalam sektor pertanian, ternakan, akuakultur atau komoditi (contoh: sawit, getah, koko, lada, kenaf)
- Jualan tahunan antara RM50,000 hingga RM300,000
- Tidak termasuk penerima di bawah FELDA, FELCRA atau skim khas RISDA
- Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi dengan semakan automatik bersama data LHDN dan agensi berkaitan.
- MySubsidi Diesel (SKDS 2.0)
- Kategori ini melibatkan sektor komersial seperti logistik, pengangkutan barang, perkhidmatan awam dan pengedaran makanan.
- Menggunakan Kad Fleet Diesel untuk kawalan subsidi
- Kuota diesel ditentukan berdasarkan jenis kenderaan dan kawasan operasi
- Bertujuan mengekalkan kestabilan kos logistik
- Mengelakkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi

BERAPA JUMLAH BAYARAN SUBSIDI DIAGIHKAN?
Lebih 200,000 penerima menikmati kenaikan bantuan secara interim daripada RM200 kepada RM300 pada Mac 2026 dan RM400 sebulan bermula April 2026.

BILA TARIKH BAYARAN SUBSIDI DIESEL DISALURKAN?
Pembayaran tambahan interim bantuan subsidi diesel sebanyak RM300 telah disalurkan pada 8 April 2026. Manakala baki RM100 lagi akan disalurkan mulai 21 April 2026, menjadikan jumlah keseluruhan RM400 sebulan.

📅 Tarikh Bayaran BUDI MADANI Januari – Jun 2026

📅 Tarikh Bayaran BUDI MADANI Julai – Disember 2026

BAGAIMANA CARA SUBSIDI DIESEL DIBAYAR?
Bayaran bantuan subsidi diesel disalurkan kepada penerima melalui dua kaedah berikut:
đź‘› 1. Pengkreditan ke Akaun Bank
Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon sekiranya maklumat akaun telah didaftarkan semasa permohonan.
🏦 2. Tuntutan Tunai di BSN
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan hanya membawa MyKad. Kaedah ini memastikan semua penerima tetap menerima bantuan tanpa halangan.
SUBSIDI DIESEL PERMOHONAN
Permohonan subsidi diesel boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi. Berikut langkah mudah:
DAFTAR AKAUN BUDI MADANI DIESEL
- Layari laman web rasmi BUDI MADANI Diesel di https://budidiesel.gov.my.
- Pilih kategori penerima yang berkaitan, kemudian klik “Mohon Di Sini”.
- Masukkan nombor MyKad dan klik “Semak”.
- Jika belum mempunyai akaun, klik “Daftar Akaun” untuk pendaftaran baharu.
- Lengkapkan semua maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Pastikan alamat e-mel aktif
- Pastikan e-mel dieja dengan betul kerana pautan pengesahan akan dihantar ke e-mel tersebut
- Klik “Daftar” selepas memastikan semua maklumat adalah tepat.
- Setelah pendaftaran berjaya, semak e-mel untuk proses pengesahan akaun.
LOG MASUK
- Klik “Log Masuk” di portal
- Masukkan MyKad (12 digit) dan kata laluan
- Klik “Log Masuk” untuk akses akaun
PERMOHONAN SUBSIDI DIESEL
- Selepas log masuk, pilih “Permohonan Baharu”
- Pilih kategori permohonan:
- BUDI Individu
- BUDI Agri-Komoditi
- MySubsidi Diesel (Syarikat)
- Isi borang dengan lengkap:
- Maklumat peribadi
- Akaun bank aktif
- Maklumat kenderaan diesel
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- Semak dan hantar permohonan

SEMAKAN SUBSIDI DIESEL
Proses kelulusan permohonan subsidi biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja untuk semakan kelayakan. Ikuti langkah di bawah untuk membuat semakan subsidi diesel:
- Layari portal rasmi BUDI MADANI Diesel di https://budidiesel.gov.my
- Pada halaman utama, klik “Log Masuk”.
- Masukkan nombor MyKad, kemudian klik “Semak”.
- Sahkan captcha yang dipaparkan dan tekan “Ya” untuk teruskan.
- Masukkan kata laluan akaun dan klik “Log Masuk”.
- Setelah berjaya log masuk, pilih menu “Semakan Status”.
- Status permohonan, kategori bantuan serta maklumat bayaran subsidi diesel akan dipaparkan.
- Jika permohonan LULUS, jumlah subsidi dan tarikh bayaran akan ditunjukkan.
- Jika TIDAK LULUS, sebab penolakan akan dipaparkan dan anda boleh membuat rayuan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan.
Lihat contoh paparan di bawah bagi permohonan LULUS.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak, pemohon perlu membuat permohonan subsidi diesel dan lulus semakan terlebih dahulu.
Tempoh bergantung kepada semakan data, biasanya mengambil sedikit masa selepas permohonan subsidi diesel dihantar.
Ya, selagi kelayakan masih memenuhi syarat semasa.
Digalakkan jika ada perubahan maklumat penting seperti pendapatan atau kenderaan.
Ya, bergantung kepada polisi dan keadaan ekonomi semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Subsidi Diesel ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Budi Madani Diesel: https://budidiesel.gov.my/
- Pusat Panggilan SKDS: 03-8084 4566
- Emel: [email protected]
- Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang​ (Isnin hingga Jumaat)