SEMAKAN BMT 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

SEMAKAN BMT 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan program di bawah RISDA yang bertujuan menyokong pekebun kecil dan penoreh getah apabila hasil getah terjejas akibat hujan lebat atau musim tengkujuh. Untuk 2025/2026, pekebun dan penoreh dilihat sekali lagi sebagai kumpulan terkesan dan dijemput membuat permohonan BMT supaya mereka mendapat sokongan kewangan sewajarnya.

Artikel ini bantu anda semak kelayakan, cara daftar/permohonan, cara semakan status BMT 2025 dan maklumat penting lain supaya proses tuntutan berjalan lancar dan efisien.

BACA JUGA: PERMOHONAN BANTUAN BANJIR JKM RM1000

APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)?

  • BMT ialah bantuan tahunan dari kerajaan melalui RISDA untuk pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas ketika musim tengkujuh.
  • Bantuan ini membantu menampung kos sara hidup ketika aktiviti pengeluaran getah terhenti sementara waktu.

SIAPA LAYAK MOHON BMT 2025/2026?

BMT terbuka kepada dua kumpulan utama di bawah RISDA:

  • Pekebun kecil dan penoreh getah
    • Memenuhi syarat spesifik seperti keluasan tanah, pendaftaran, dan status kebun.
    • Kelayakan termasuk warganegara Malaysia dan pendaftaran rasmi dengan RISDA.

SYARAT KELAYAKAN BMT

Antara syarat kelayakan BMT adalah:

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
SYARAT KELAYAKAN BMT 2025

Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
  • Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
SYARAT KELAYAKAN BMT 2025

BILA TARIKH PERMOHONAN BMT 2025 DIBUKA?

Permohonan BMT 2025 dibuka mulai 1 Jun 2025 & telah dilanjutkan sehingga 30 November 2025. Sesiapa yang layak dan belum membuat permohonan, perlulah segera memohon agar tidak terlepas peluang mendapatkan bantuan ini.

  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara dalam talian.
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dikemukakan di Pejabat RISDA yang menguruskan lokasi kebun yang ditoreh.

BERAPA JUMLAH BANTUAN BMT & TARIKH BAYARAN?

Jumlah BMT semasa ialah RM800 seorang bagi penerima layak. Bayaran disalurkan secara berperingkat; empat kali dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan. Rujuk butiran dalam jadual di bawah:

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
November 2025RM200
Disember 2025RM200
Januari 2026RM200
Februari 2026RM200

Perhatian: Pembayaran biasanya dikreditkan terus ke akaun bank penerima selepas permohonan disahkan.

BAGAIMANA CARA MOHON BMT?

Pekebun kecil / penoreh boleh mohon secara online melalui portal rasmi atau hadir ke pejabat RISDA. Buat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu bagi memastikan anda adalah benar-benar layak untuk bantuan ini. Berikut langkah ringkas untuk permohonan BMT 2025:

PERMOHONAN BMT SECARA ONLINE

  1. Layari portal rasmi RISDA / Portal Pekebun Kecil: https://pekebunkecil.risda.gov.my
  2. Daftar akaun atau log masuk (jika daftar sebelum ini).
  3. Isi butiran kebun / lot dan maklumat peribadi.
  4. Muat naik dokumen sokongan seperti geran tanah, PAT-G / permit, salinan IC, akaun bank.
  5. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup.

PERMOHONAN BMT SECARA MANUAL

Bagi permohonan manual, anda perlu hadir ke Pejabat RISDA Negeri atau Pejabat RISDA Daerah berhampiran. Borang permohonan perlu diisi dan disertakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan.

Dokumen yang diperlukan:

  • Pekebun Kecil RISDA & Individu
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
    • Geran asal tanah dan salinan;
    • Salinan buku akaun bank yang aktif
    • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan
  • Penoreh Bukan Pemilik
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
    • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
    • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
    • Salinan buku akaun bank yang aktif;
    • Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
    • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
  • Pekebun Kecil di bawah Agensi
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
    • Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
    • Salinan buku akaun bank yang aktif;
    • Surat pengesahan daripada Agensi
    • Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA).

SEMAKAN BMT 2025

Semakan status BMT 2025 sangat mudah & boleh dibuat secara online dengan hanya nombor kad pengenalan. Ikuti langkah berikut untuk semakan BMT 2025:

  1. Masuk ke laman:
  2. Masukkan nombor IC (12 digit, tanpa sengkang).
  3. Klik “Semak”
    • Status akan dipaparkan:
      • LULUS / DALAM PROSES / TIDAK LAYAK.
SEMAKAN BMT 2025

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BMT 2025

Adakah saya perlu mohon BMT setiap tahun walaupun sudah lulus?

Ya, setiap tahun pekebun kecil dan penoreh perlu kemas kini permohonan supaya data kebun terkini diperiksa.

Perlu ada akaun bank atas nama sendiri?

Ya, pembayaran BMT dilakukan melalui EFT ke akaun bank yang aktif atas nama penerima.

Bagaimana jika PAT-G sudah tamat tempoh?

Anda perlu memperbaharui PAT-G sebelum memohon semula.

Jika saya gagal log masuk portal semakan BMT 2025, apa patut saya buat?

Pastikan nombor IC dimasukkan betul. Jika masih gagal, hubungi pejabat RISDA daerah untuk semakan BMT 2025 manual.

Bagaimana jika bayaran tertangguh selepas lulus semakan BMT 2025?

Hubungi pejabat RISDA negeri/daerah dengan salinan keputusan lulus dan dokumen bank untuk semakan lanjut.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan BMT 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan di bawah RISDA. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment