SEMAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD – 2025

SEMAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD – 2025

Kerajaan meneruskan program SARA MyKasih 2025 dengan bayaran RM100 bulanan serta bantuan khas one-off untuk rakyat yang layak. Semua bantuan dikreditkan terus dalam MyKad dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas. Inisiatif ini sebahagian daripada usaha meringankan kos sara hidup jutaan rakyat Malaysia.

Orang ramai disaran membuat semakan status bantuan SARA bagi memastikan bayaran telah masuk ke dalam MyKad. Ikuti artikel ini untuk panduan lengkap.

BACA JUGA: CHECK SENARAI BARANGAN ASAS BANTUAN MYSARA YANG BOLEH DIBELI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Bantuan SARA ini diberikan kepada golongan B40 dan M40, tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi oleh pemohon kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah butirannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN

Setiap kategori kelayakan dalam bantuan SARA mempunyai jumlah bantuan tersendiri, B40 antara RM600-RM2100 dan M40 antara RM450-RM900, yang akan disalurkan secara terus ke MyKad penerima. Jadual berikut menunjukkan pecahan bantuan tersebut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN ONE-OFF SARA RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN

TARIKH BANTUAN SARA DIKREDITKAN

Tarikh pengkreditan bantuan SARA ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD

SEMAKAN BANTUAN SARA

Penerima yang layak boleh membuat semakan status bantuan SARA secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAKAN BANTUAN SARA MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN SEMAKAN BANTUAN SARA

SEMAKAN BANTUAN SARA MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN SEMAKAN BANTUAN SARA

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang pesara di Kuala Lumpur menyambut baik inisiatif kerajaan:

“Saya bersyukur, bantuan ini sekurang-kurangnya bantu kurangkan kos bulanan.”

Tetapi seorang ibu di Kelantan memberi pesanan:

“Bantuan ni bagus, cuma patut diperluaskan ke lebih banyak kedai kecil kampung.”

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa beza SARA MyKasih dengan SARA One-Off?

SARA MyKasih diberi bulanan, manakala SARA One-Off hanya sekali sahaja.

Bagaimana cara mohon bantuan SARA?

Tiada permohonan perlu dibuat, penerima ditentukan berdasarkan data kerajaan.

Apakah barangan yang boleh dibeli dengan SARA MyKasih?

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas yang ditetapkan dalam sistem Mykasih seperti barang dapur, produk kebersihan dan penjagaan rumah.

Bolehkah bantuan SARA MyKasih dikeluarkan sebagai wang tunai?

Tidak boleh, hanya boleh digunakan untuk pembelian barang asas menggunakan MyKad.

Adakah perlu daftar untuk terima SARA One-Off?

Tidak, setiap individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah layak secara automatik.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment