SEMAK RAYUAN MATRIKULASI 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN CALON (2025/2026)
Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan rayuan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kini boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian bagi mengetahui sama ada permohonan caloh telah berjaya atau sebaliknya.
Semak maklumat penuh di Bawah untuk mengetahui cara semak rayuan matrikulasi 2025.
BACA JUGA: ID ME LOGIN (SEMAK CARA DAFTAR AKAUN SECARA ONLINE)
TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULISI 2025
Pelajar lepasan SPM 2024 yang telah mengemukakan rayuan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kini boleh menyemak keputusan rayuan ambilan kedua secara online. Semakan dibuka bermula jam 10.00 pagi pada 30 Jun 2025 (Isnin) sehingga 5 Julai 2025 (Sabtu).
CARA SEMAK KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI 2025
Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi boleh disemak secara dalam talian melalui laman web rasmi Bahagian Matrikulasi. Berikut langkah-langkah mudah untuk membuat semakan:
- Layari laman web rasmi Matrikulasi di pautan berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my
- Di halaman utama, cari dan klik menu “Semakan”.
- Seterusnya, pilih pilihan “Semakan Keputusan Penempatan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang “Masuk” untuk log masuk ke sistem.
- Status keputusan rayuan anda akan dipaparkan di skrin.

*Tindakan Penting Jika Rayuan Matrikulasi Anda Berjaya
Jika anda telah disahkan berjaya dalam rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2025/2026, beberapa langkah penting perlu dilakukan segera bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran.
- Pengesahan Tawaran
- Klik butang [Setuju Terima] di portal rasmi mulai 30 Jun 2025 (Isnin) hingga 5 Julai 2025 (Sabtu).
- Pastikan anda tidak terlepas tarikh ini, kerana ia adalah pengesahan rasmi penerimaan tempat.
- Pendaftaran Dalam Talian
- Lengkapkan proses pendaftaran secara online mengikut arahan dan pautan yang disertakan dalam surat tawaran masing-masing.
- Pendaftaran Fizikal di Kolej
Hadir ke kolej matrikulasi yang ditetapkan untuk pendaftaran secara fizikal pada:- 6 Julai 2025 (Ahad)
- 7 Julai 2025 (Isnin)
- Dokumen Wajib Dikemukakan Semasa Pendaftaran
Pastikan anda membawa dokumen penting berikut ketika pendaftaran:- Surat tawaran kemasukan
- Panduan pendaftaran pelajar
- Maklumat peribadi pelajar
- Borang persetujuan ibu bapa/penjaga & maklumat kesihatan pelajar
- Borang pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
- Borang perjanjian pelajar (2 salinan lengkap)
SENARAI JURUSAN MATRIKULASI 2025
| JURUSAN | OBJEKTIF |
|---|---|
| SAINS | Fokus kepada subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik, sesuai untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, farmasi, sains hayat, dan sains gunaan. |
| KEJURUTERAAN | Menyediakan asas kukuh dalam Fizik, Matematik dan Kimia, khas untuk mereka yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan inovasi. |
| PERAKAUANAN & PERAKAUNAN PROFESIONAL | Menekankan aspek akaun, ekonomi dan matematik, sangat sesuai untuk pelajar yang bercita-cita menjadi akauntan bertauliah atau terlibat dalam bidang kewangan, audit dan perbankan. |
| SAINS KOMPUTER | Memberi pendedahan awal terhadap pengaturcaraan, teknologi maklumat dan logik komputer, sesuai untuk mereka yang berminat dalam dunia teknologi, IT, atau sains data. |
KADAR YURAN KEMASUKAN MATRIKULASI 2025
Perincian kadar yuran bagi pengajian Matrikulasi adalah seperti berikut:
| JENIS JURUSAN | YURAN PENGAJIAN DUA SEMESTER | YURAN PENGAJIAN EMPAT SEMESTER |
|---|---|---|
| SAINS | RM599 | Semester I : RM599 Semester II : RM284 |
| KEJURUTERAAN | RM599 | – |
| PERAKAUANAN | RM546 | – |
| PERAKAUANAN PROFESIONAL (JPPro)** | RM546 | – |
Bagi pelajar yang akan mendaftar ke Program Matrikulasi, beberapa bayaran tambahan perlu diambil maklum:
- Caj Perbankan BSN
- Bayaran tambahan sebanyak RM0.60 akan dikenakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) semasa transaksi yuran pendaftaran dilakukan.
- Bayaran Tambahan untuk Program JPPro (Perakaunan Profesional ACCA)
- Semester I: Bayaran tambahan sebanyak RM600.00 akan dikenakan untuk pembelian buku rujukan.
- Semester II: Pelajar perlu menanggung sendiri yuran peperiksaan ACCA bagi setiap kertas, mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh pihak ACCA.
Nota: Semua bayaran ini adalah tanggungan pelajar sendiri dan penting untuk dirancang lebih awal bagi memastikan proses pendaftaran dan pembelajaran berjalan lancar.
RUJUKAN
Panduan bagi Semak Rayuan Matrikulasi ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan mengenai cara semakan status kemasukan pelajar. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman rasmi: https://matrikulasi.moe.gov.my/
- Nombor Telefon: 03 – 8884 4083
- No. Faks: 03 – 8888 4028
- Email: [email protected]