SEMAK BANTUAN SARA ONE OFF : SEMAKAN BAYARAN RM100 DALAM MYKAD 2025

SEMAK BANTUAN SARA ONE OFF : SEMAKAN BAYARAN RM100 DALAM MYKAD 2025

Kerajaan melalui pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini telah memperkenalkan inisiatif khas iaitu SARA Untuk Semua dalam bentuk bayaran one off RM100 terus dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini diumumkan sebagai langkah segera bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup menjelang tahun 2025. Tidak seperti program bulanan SARA sebelum ini, bantuan khas ini diberikan secara sekali bayar (one off) kepada penerima yang layak. Tujuan utama pemberian ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan asas rakyat, di samping memastikan setiap isi rumah mendapat sokongan kewangan tambahan. Pengumuman ini turut menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang, khususnya golongan berpendapatan rendah yang paling terkesan.

Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas mengenai kaedah semakan, syarat kelayakan, serta info terkini berkaitan bayaran bantuan SARA One Off RM100.

BACA JUGA: CHECK STATUS BANTUAN TAMBAHAN RM100 DALAM IC

APA SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF?

Untuk bantuan SARA One Off, tiada permohonan diperlukan. Semua individu dewasa rakyat di negara ini layak untuk menerima bantuan tersebut tanpa mengira kategori. Berikut adalah syarat-syarat utama:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

BILA TARIKH SARA ONE OFF AKAN DIKREDITKAN?

Mulai 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one off melalui MyKad di bawah program SARA. Berikut adalah butiran yang lebih lanjut:

BILA TARIKH SARA ONE OFF AKAN DIKREDITKAN
  • Penerima bantuan layak mula menikmati kemudahan pembelian barangan asas dengan MyKad mulai 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF?

  • Individu yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan RM100 secara automatik ke dalam MyKad, tanpa mengira status – sama ada bujang, berkahwin, atau warga emas.
  • Ahli keluarga di bawah tanggungan isi rumah juga tetap layak jika berumur 18 tahun ke atas.
    • Contoh agihan: Suami RM100, Isteri RM100, Anak yang masih belajar di universiti pun dapat RM100.

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA ONE OFF?

Untuk membuat pembelian menggunakan bantuan SARA One Off, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA ONE OFF
  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN SARA ONE OFF DALAM MYKAD?

Untuk mengetahui status bayaran SARA One Off, penerima boleh membuat semakan bermula 21 Ogos 2025 secara online melalui aplikasi MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:

BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN SARA ONE OFF DALAM MYKAD
  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
    • Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
    • Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
    • Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Bantuan SARA One Off ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment