SARA RM100 CHECK : SEMAKAN ONLINE STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2025

SARA RM100 CHECK : SEMAKAN ONLINE STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Program SARA RM100 di bawah inisiatif MyKasih merupakan salah satu bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia. Bantuan ini disalurkan secara bulanan melalui MyKad bagi memastikan ketelusan dan kemudahan kepada penerima yang layak. Berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan, lebih daripada 5.4 juta penerima B40 dan M40 akan mendapat manfaat daripada program ini. Tujuan utama bantuan ini adalah membantu isi rumah berpendapatan rendah serta golongan berpendapatan sederhana dalam membeli barangan keperluan asas.

Penerima yang layak boleh check status kelayakan SARA RM100 secara online bagi memudahkan rakyat mengetahui sama ada mereka tersenarai sebagai penerima atau tidak. Ikuti artikel ini hingga akhir untuk mengetahui caranya.

BACA JUGA: SEMAK TARIKH TERKINI BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN SARA?

Bantuan SARA RM100 diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang menepati syarat kelayakan. Ia meliputi pemohon daripada kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Rujuk butiran di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN?

Setiap kategori penerima dalam program SARA MyKasih ditetapkan jumlah bantuan tertentu. B40 menerima bantuan antara RM600 hingga RM2100, manakala M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Kesemua amaun berkenaan akan disalurkan terus ke MyKad penerima. Butiran penuh ditunjukkan dalam jadual berikut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN RM100 ONE-OFF SARA UNTUK SEMUA

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN
  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BILAKAH TARIKH SARA RM100 DIKREDITKAN?

Tarikh pengkreditan SARA RM100 ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

BAGAIMANAKAH CARA GUNA SARA RM100?

Untuk menggunakan bantuan SARA RM100 yang dikreditkan terus ke MyKad, penerima boleh mengikuti langkah-langkah panduan di bawah:

BAGAIMANAKAH CARA GUNA SARA RM100
  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SARA RM100 NAK CHECK MACAM MANA?

Untuk check status bantuan SARA RM100 dalam MyKad, penerima boleh membuat semakan secara online melalui dua portal rasmi iaitu Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:

CHECK SARA RM100 MELALUI PORTAL STR

SARA RM100 NAK CHECK MACAM MANA
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

CHECK SARA RM100 MELALUI PORTAL MYKASIH

SARA RM100 NAK CHECK MACAM MANA
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi SARA RM100 Check ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment