RM100 SARA 2026 : BAYARAN TERUS KE DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANGAN ASAS
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 memperkenalkan kredit bantuan RM100 secara one-off untuk warga dewasa Malaysia yang layak terus dikredit ke dalam MyKad. Bantuan ini membolehkan penerima membuat pembelian barang keperluan asas di kedai / pasar raya berdaftar dan membantu meringankan beban kos sara hidup bagi mereka yang terkesan.
Artikel ini akan bantu anda semak kelayakan, jumlah bantuan yang diterima dan cara check baki kredit Bantuan RM100 SARA 2026.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA ITU BANTUAN RM100 SARA 2026?
RM100 SARA 2026 ialah program bantuan cashless di mana kredit dipindahkan terus ke MyKad penerima untuk membeli 14 kategori barangan asas di kedai / pasar raya berdaftar. Untuk 2026, satu pembayaran khas RM100 one-off diumumkan sebagai bantuan tambahan kepada semua rakyat dewasa yang layak.
- Kredit RM100 dimasukkan terus ke MyKad.
- Termasuk dalam pakej bantuan kos sara hidup bajet 2026.
- Digunakan untuk urusan pembelian di premis terpilih.

SIAPA LAYAK MENERIMA SARA 2026 RM100?
Secara umumnya, bantuan RM100 SARA 2026 ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dewasa. Berikut adalah syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Tiada had pendapatan atau status pekerjaan.
BAGAIMANA CARA GUNA RM100 SARA DALAM MYKAD?
Duit RM100 dalam MyKad hanya boleh digunakan di premis yang berdaftar dengan Program SARA MyKasih. Proses pembelian tidak memerlukan tunai. Berikut adalah langkah lengkap pembelian barang asas SARA:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BILA TARIKH RM100 SARA 2026 DIKREDITKAN?
Kerajaan telah mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan SARA 2026 RM100 bulanan & Penghargaan SARA (One-Off) bagi tahun 2026 seperti butiran berikut:
- SARA Bulanan
- ▶️ Bermula 9 Januari 2026
- SARA One-Off (Bayaran Sekali Sahaja)
- ▶️ Bermula 9 Februari 2026

PERMOHONAN RM100 SARA 2026 ONE OFF
Tiada permohonan diperlukan kerana bantuan ini diberi secara automatik. Penerima hanya perlu memastikan maklumat mereka dalam rekod kerajaan adalah tepat dan sentiasa dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan.
- Tiada borang atau pendaftaran.
- Sistem kerajaan menggunakan data sedia ada.
- Bayaran terus dimasukkan tanpa sebarang tindakan dari penerima.
SEMAK STATUS BANTUAN ONE OFF SARA
Penerima yang layak boleh semak status bantuan RM100 SARA 2026 bagi memastikan kredit telah dimasukkan ke dalam MyKad mereka. Status kelayakan boleh disemak melalui mana-mana saluran rasmi berikut:
SEMAKAN RM100 SARA 2026 MELALUI PORTAL MYSTR (UNTUK PENERIMA STR)
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN STATUS RM100 SARA 2026 MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh bayaran SARA 2026
- Semak baki bantuan

SEMAK STATUS RM100 SARA 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Untuk membuat semakan melalui aplikasi MyGOV Malaysia, pengguna perlu mempunyai akaun MyDigital ID yang telah didaftarkan dan aktif. Panduan ringkas bagi penggunaan aplikasi MyGOV Malaysia seperti berikut:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semak Bantuan SARA MyKasih Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik SARA MyKasih.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA?
Penerima yang layak boleh semak baki kredit RM100 Penghargaan SARA 2026 melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perinciannya seperti berikut:
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki SARA akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
- Maklumat baki SARA, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Kredit bantuan hanya untuk barangan dalam 14 kategori asas yang diluluskan oleh SARA.
Ya, jika kedai itu berdaftar dengan MyKasih/SARA.
Perlu kemas kini MyKad di JPN dahulu. Tanpa MyKad aktif kredit tidak boleh digunapakai.
Ya, kredit yang tidak digunakan akan kekal dalam MyKad sehingga tarikh luput.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi RM100 SARA 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/