RAYUAN STR FASA 3 2026 : PANDUAN CARA MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI KERAJAAN

RAYUAN STR FASA 3 2026 : PANDUAN CARA MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI KERAJAAN

Ramai yang masih menunggu peluang kedua untuk mendapatkan bantuan tunai kerajaan, terutamanya bagi mereka yang tidak lulus sebelum ini. Rayuan STR Fasa 3 2026 menjadi harapan buat individu dan keluarga yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan.

Dengan proses yang kini lebih mudah dan boleh dilakukan secara online, penting untuk faham langkah yang betul agar permohonan tidak ditolak lagi.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK BUAT RAYUAN STR FASA 3?

Terdapat beberapa kriteria asas yang perlu dipenuhi sebelum buat rayuan STR Fasa 3 bagi memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Individu bujang yang memenuhi syarat STR akan mendapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad bagi pembelian barangan keperluan terpilih.

BERAPA JUMLAH STR FASA 3 DIAGIHKAN?

Jumlah bantuan bagi Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang. Walaupun jumlah rasmi belum diumumkan, bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 boleh dijadikan panduan untuk memahami struktur agihan bantuan secara keseluruhan:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH STR FASA 3 DIAGIHKAN

CARA BAYARAN STR FASA 3 DISALURKAN

Bantuan STR akan disalurkan melalui saluran yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima. Ini termasuk pemindahan ke akaun bank atau kaedah lain yang bersesuaian bagi memastikan agihan berjalan lancar dan selamat. Perinciannya seperti berikut:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA BANTUAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?

Buat masa ini, tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. Penerima disarankan untuk sentiasa mengikuti hebahan rasmi bagi mendapatkan info terkini. Sebagai rujukan, bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sebelum ini telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan lebih awal. Berikut butirannya:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026

BAGAIMANA CARA DAFTAR MYSTR ONLINE?

Pemohon baru dan penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan segala urusan berkaitan bantuan. Langkah pendaftaran:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR MYSTR ONLINE

PELUANG PERMOHONAN BARU STR

Fasa 3 STR 2026 ini membuka ruang kepada mereka yang sebelum ini tidak lulus dan ingin membuat rayuan atau belum pernah membuat permohonan. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian atau hadir ke kaunter LHDN berdekatan untuk bantuan lanjut.

PELUANG PERMOHONAN BARU STR
  • Permohonan Baru STR Fasa 3 boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PELUANG PERMOHONAN BARU STR

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

RAYUAN STR FASA 3

Rayuan STR Fasa 3 bukan sekadar peluang kedua, ia adalah ruang untuk memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya. Pemohon perlu membuat kemas kini atau rayuan sebelum 30 Jun 2026 untuk dipertimbangkan dalam Fasa 3. Langkah lengkap rayuan bantuan STR Fasa 3 adalah seperti di bawah:

1️⃣ Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my⁠
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat & muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Klik Hantar dan simpan bukti penghantaran

RAYUAN STR FASA 3

RAYUAN STR FASA 3 SEMAKAN STATUS

Status rayuan STR Fasa 3 boleh disemak melalui portal rasmi di bawah seliaan Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu bantuantunai.hasil.gov.my atau melalui talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Berikut langkah ringkas semakan:

SEMAKAN STATUS RAYUAN STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (rayuan baharu STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (rayuan baharu STR Fasa 3 sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
RAYUAN STR FASA 3 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS RAYUAN STR FASA 3 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi rasmi kerajaan. Namun, pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif untuk akses penuh.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Status Rayuan STR Fasa 3 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan rayuan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 3

KEPENTINGAN KEMASKINI MAKLUMAT

Pengemaskinian maklumat sangat penting terutama jika terdapat perubahan seperti pendapatan, status perkahwinan atau akaun bank. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah seperti kelewatan atau kegagalan bayaran. Pastikan semua maklumat sentiasa tepat dan terkini sebelum permohonan dihantar. Cara kemaskini:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEPENTINGAN KEMASKINI MAKLUMAT

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah rayuan STR Fasa 3 terbuka kepada semua?

Tidak, hanya individu yang tidak lulus atau belum memohon sebelum ini sahaja layak membuat rayuan.

Perlu ke dokumen sokongan semasa rayuan?

Ya, bergantung kepada kes. Dokumen tambahan mungkin diperlukan untuk pengesahan maklumat.

Berapa lama tempoh kelulusan rayuan?

Tempoh kelulusan bergantung kepada proses semakan pihak berkuasa dan jumlah permohonan diterima.

Boleh ke buat rayuan lebih dari sekali?

Kebiasaannya hanya satu rayuan dibenarkan bagi setiap fasa.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Rayuan STR Fasa 3 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment