PERMOHONAN GURU KPM 2026 : PANDUAN LENGKAP PENGAMBILAN DG9 SECARA KONTRAK

PERMOHONAN GURU KPM 2026 : PANDUAN LENGKAP PENGAMBILAN DG9 SECARA KONTRAK

Pengambilan guru baharu bagi tahun 2026 kini menjadi perhatian ramai graduan yang berminat menceburi bidang pendidikan. Melalui inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebanyak 20,000 jawatan guru Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) ditawarkan bagi mengisi keperluan tenaga pengajar di sekolah rendah seluruh negara. Langkah ini bukan sahaja membantu menampung kekurangan guru, malah menyokong perancangan jangka panjang sistem pendidikan negara.

Ikuti artikel ini bagi info penuh berkaitan permohonan guru KPM 2026.

PERMOHONAN GURU KPM 2026

BACA JUGA: PENDAFTARAN DARJAH 1 2027 SECARA ONLINE

APA ITU GURU COS 2026 KPM?

Berikut adalah penerangan ringkas berkaitan guru CoS KPM:

  • Contract of Service (CoS) merujuk kepada pelantikan guru secara kontrak melalui perjanjian perkhidmatan, bukan sebagai penjawat awam tetap.
  • Gred DG9 ialah gred permulaan dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia bagi guru yang baru dilantik.
PERKARABUTIRAN
JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Guru sekolah rendah)
Taraf penjawatanContract of Service (CoS)
GajiRM2,360/bulan

SIAPA LAYAK BUAT PERMOHONAN GURU KPM 2026?

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan calon yang memohon guru KPM 2026 adalah benar-benar layak. Antaranya:

  • Syarat Umum:
    • Warganegara Malaysia
    • Sihat tubuh badan
    • BMI semasa tidak melebihi 32.5
    • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan
    • Aktif dalam kokurikulum semasa di universiti
  • Syarat Akademik:
    • Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf
    • PNGK minimum yang ditetapkan (contoh: 2.50)
    • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat SPM atau setaraf

Permohonan boleh ditolak jika calon:

  • Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
  • Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI)
  • Guru kontrak (Lantikan SPP)
  • Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam
  • Seorang bankrap dan belum dilepaskan

TARIKH PENTING PENGAMBILAN GURU COS

Semak jadual di bawah bagi butiran tarikh berkaitan pengambilan dan permohonan guru KPM 2026:

PERKARATARIKH
Hebahan Rasmi Pengambilan23 Februari 2026
Permohonan Dibuka2 Mac – 20 Mac 2026
Saringan & Temu duga27 April – 14 Mei 2026

Calon digalakkan membuat persediaan awal dengan menyusun dokumen sokongan serta menjalani latihan kendiri sebelum tarikh saringan pengambilan guru KPM 2026 bermula, agar proses permohonan berjalan lebih lancar dan teratur.

TARIKH PENTING PENGAMBILAN GURU COS

PERMOHONAN GURU KPM 2026

Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui portal rasmi mySPP. Langkah permohonan lengkap seperti di bawah:

  1. Layari https://myspp.spp.gov.my/
  2. Daftar akaun baharu jika belum mempunyai akaun
  3. Lengkapkan maklumat diri dan pendidikan
  4. Muat naik dokumen sokongan
  5. Semak & hantar permohonan sebelum tarikh tutup

Perhatian: Calon yang berjaya terpilih wajib mengikuti latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM selama 1 tahun. Latihan ini bertujuan:

  • Meningkatkan kemahiran pedagogi
  • Membentuk sahsiah guru profesional
  • Melatih pengurusan bilik darjah
  • Menyediakan guru berkualiti tinggi
  • Hanya calon yang lulus latihan ini akan disahkan sebagai Guru CoS.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah permohonan dikenakan bayaran?

Kebiasaannya permohonan jawatan kerajaan tidak dikenakan bayaran, namun calon perlu memastikan hanya menggunakan portal rasmi.

Bolehkah calon memohon lebih daripada satu opsyen subjek?

Sesetengah pengambilan membenarkan pilihan opsyen, tetapi keputusan akhir bergantung kepada kekosongan bidang.

Jika tersilap isi maklumat, bolehkah dikemas kini?

Biasanya pembetulan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan sahaja.

Adakah calon perlu menyediakan sijil asal semasa temu duga?

Ya, kebiasaannya panel akan meminta dokumen asal untuk pengesahan.

Adakah keputusan temu duga boleh dirayu?

Keputusan lazimnya muktamad, namun calon boleh memohon semula pada sesi akan datang.

Adakah penempatan bergantung kepada alamat pemohon?

Tidak semestinya. Penempatan lebih tertumpu kepada keperluan sekolah.

Berapa lama tempoh menunggu keputusan selepas temu duga?

Tempohnya berbeza mengikut jumlah calon dan proses tapisan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Guru KPM 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai pengambilan guru baharu gred DG9. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment