PERMOHONAN BARU STR 2026 : CARA DAFTAR & ISI MAKLUMAT UNTUK PEMOHON
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan sebagai inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi peningkatan kos sara hidup. Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah menerima bantuan sebelum ini, permohonan baru STR 2026 perlu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
Artikel ini menghimpunkan panduan asas pendaftaran, pengisian maklumat, semakan status serta maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon STR 2026.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT PERMOHONAN BARU STR 2026?
Kelayakan STR 2026 masih berpandukan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Pemohonan baru STR 2026 perlu memenuhi syarat asas yang ditetapkan termasuk status pendapatan, kategori pemohon dan maklumat tanggungan yang sah. Antara syarat-syaratnya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman: Pemohon bujang yang memenuhi syarat kelayakan tidak menerima bayaran STR dalam bentuk tunai seperti kategori isi rumah. Sebaliknya, bantuan akan disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
BILA TARIKH PEMBAYARAN STR 2026 FASA 1?
Bayaran STR 2026 tidak dibuat secara sekaligus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi Fasa 1, bayaran telah dikreditkan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

PANDUAN PENDAFTARAN AKAUN MYSTR
Pemohon baru serta penerima sedia ada amat digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan, semakan status dan pengemaskinian maklumat STR 2026. Pendaftaran akaun boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah yang disediakan di portal rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

PERMOHONAN BARU STR 2026
Permohonan baru bagi Fasa 2 STR 2026 dibuka mulai 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Cara permohonan baru STR 2026 secara online dan manual adalah seperti berikut:

PERMOHONAN BARU STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:
STR 2026 PERMOHONAN BARU SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BARU STR 2026?
Pemohon boleh menyemak status permohonan baru STR 2026 melalui portal rasmi di bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 dalam waktu operasi. Panduan semakan terperinci disediakan bagi memudahkan rujukan pemohon.
SEMAK STATUS PERMOHONAN BARU STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAK STATUS PERMOHONAN BARU STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal STR, semakan status permohonan baru STR 2026 juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat pemohon telah mendaftar akaun MyDigital ID. Kaedah ini disediakan sebagai alternatif untuk memudahkan capaian maklumat bantuan. Berikut adalah langkah ringkasnya:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BERAPA JUMLAH STR 2026 DIKREDITKAN?
Jumlah bantuan STR 2026 tidak sama bagi setiap pemohon kerana ia ditentukan berdasarkan kategori dan kelayakan masing-masing. Perincian jumlah bantuan STR 2026 bagi Fasa 1 adalah seperti di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR 2026 DISALURKAN?
Bantuan disalurkan melalui kaedah pembayaran yang telah ditentukan bagi memastikan agihan berjalan lancar. Berikut butirannya:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR
Bagi mengelakkan isu kelayakan atau kelewatan bayaran, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi dari semasa ke semasa. Pengemaskinian boleh dibuat melalui akaun MySTR dengan mengikuti langkah yang disediakan seperti berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

RAYUAN STR 2026 BAGI PERMOHONAN GAGAL
Kerajaan turut membuka tempoh rayuan khas bagi pemohon yang permohonan terdahulu tidak diluluskan. Rayuan boleh dibuat mengikut tarikh yang diumumkan melalui portal rasmi STR seperti berikut:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

SOALAN LAZIM (FAQ)
Pemohon baru merujuk kepada individu atau isi rumah yang belum pernah membuat permohonan STR sebelum ini.
Kelayakan tidak bergantung kepada status pekerjaan semata-mata, sebaliknya dinilai berdasarkan pendapatan dan kategori pemohon.
Tidak. Setiap isi rumah hanya dibenarkan mempunyai satu permohonan STR yang sah.
Penerimaan STR tidak semestinya menjejaskan bantuan lain, tertakluk kepada syarat agensi berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Baru STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/