MYKASIH 2026 SEMAKAN : SEMAK BERAPA JUMLAH BANTUAN & BILA TARIKH BAYARAN
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 diteruskan sebagai inisiatif bantuan bersasar kepada golongan berpendapatan rendah bagi menampung kos barangan keperluan harian. Seiring dengan pelaksanaan bantuan ini, ramai penerima ingin membuat semakan MyKasih 2026 bagi mengetahui jumlah bantuan yang diterima serta anggaran tarikh bayaran yang akan dikreditkan.
Berikut adalah ringkasan maklumat penting berkaitan SARA MyKasih 2026.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026?
Kriteria kelayakan untuk Bantuan MyKasih 2026 belum disahkan secara rasmi, namun biasanya ia dikemas kini daripada tahun sebelumnya. Syarat-syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BILA TARIKH BANTUAN MYKASIH 2026 DIKREDITKAN?
Berikut adalah tarikh permulaan pembayaran SARA MyKasih yang diumumkan bagi tahun 2026:
- SARA Bulanan
- ▶️ Bermula 9 Januari 2026
- SARA One-Off (Bayaran Sekali Sahaja)
- ▶️ Bermula 9 Februari 2026
Maklumat ini penting untuk rujukan penerima agar dapat membuat perancangan kewangan dengan lebih teratur bagi permulaan tahun 2026.

BERAPA JUMLAH BANTUAN DISALURKAN?
Jumlah bantuan MyKasih 2026 adalah berbeza mengikut kategori penerima yang ditetapkan oleh kerajaan. Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya dikreditkan sebagai kredit pembelian barangan asas. Rujuk jadual di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Bermula 9 Februari 2026, setiap warganegara Malaysia18 tahun ke atas layak menerima RM100 satu kali bayaran, hasil penjimatan subsidi kerajaan.

MYKASIH 2026 SEMAKAN
Penerima yang layak boleh membuat semakan Bantuan MyKasih 2026 melalui Portal STR bantuantunai.hasil.gov.my, Portal SARA sara.gov.my, atau menghubungi talian perhubungan STR 1-800-88-2747. Berikut adalah langkah penuh semakan MyKasih 2026:
MYKASIH 2026 SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

MYKASIH 2026 SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh bayaran SARA 2026
- Semak baki bantuan

CARA BELI BARANGAN MYKASIH GUNA MYKAD
Pembelian bantuan MyKasih 2026 perlu dilakukan menggunakan MyKad di premis yang sah, terhad kepada barangan diluluskan sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA SEMAKAN BAKI KREDIT MYKASIH?
Untuk mengetahui baki kredit, penerima boleh menggunakan beberapa kaedah semakan yang disediakan oleh MyKasih. Antaranya seperti butiran berikut:
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki SARA bulanan akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
- Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tarikh rasmi akan diumumkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.
Tidak. Kelayakan tertakluk kepada kategori yang ditetapkan.
Tidak. Hanya kedai berdaftar MyKasih dibenarkan.
Penerima disarankan menunggu keputusan rasmi.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MyKasih 2026 Semakan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/