MY YAYASAN SARAWAK : BANTUAN KEWANGAN KHAS RM1200 PELAJAR IPT
Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah membuka permohonan untuk para penuntut IPT dari Sarawak bermula 1 Mei 2025. Inisiatif sebanyak Rm1200 ini dijangka bakal dimanfaatkan kira-kira 25000 orang pelajar.
Baca Juga: Permohonan Lesen Jurulatih Sukan (SLKK)
PENGENALAN
Bantuan Kewangan Khas untuk pelajar IPT Sarawak merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak bagi meringankan beban kewangan pelajar yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS. Permohonan ini dibuka untuk dua fasa bagi tahun 2025, dimana fasa pertama telah dibuka dan akan ditutup permohonan pada 1 Jun 2025.
LANGKAH PERMOHONAN
Permohonan untuk Bantuan Kewangan Khas bagi tahun 2025 dibuka untuk dua fasa:
- Fasa Pertama : 1 Mei 2025 – 1 Jun 2025
- Fasa Kedua : Jangkaan dibuka bermula pada bulan september
Berikut merupakan langkah mudah membuat permohonan:
1. Daftar Akaun Sarawak ID
- Bagi pelajar yang belum memiliki Sarawak ID sila layari portal rasmi My Yayasan Sarawak untuk membuat pendaftran akaun baru.

2. Daftar Akaun S Pay Global
- Download aplikasi S Pay Global dari Google Play atau App Store dan daftar akaun e-dompet untuk menerima bantuan kewangan.
3. Mohon Melalui Portal MyYayasan
- Akses portal rasmi Yayasan Sarawak di myys.yayasansarawak.org.my
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID.
- Tekan pada menu Bantuan Kewangan Khas.
- Lengkapkan semua maklumat yang diminta dan muat naik dokumen berikut:
- Salinan MyKad
- Surat tawaran IPT
- Slip pendaftaran semasa
- Penyata akaun bank (jika diminta)
- Borang pengesahan daripada IPT (muat turun dan dapatkan tandatangan universiti)
4. Hantar Permohonan
- Setelah semua dokumen lengkap dan disahkan, klik Submit.
- Semak status permohonan secara berkala di portal MyYayasan
KELAYAKAN MY YAYASAN SARAWAK
Sebelum membuat permohonan, pelajar disarankan untuk menyemak dahulu syarat kelayakan yang ditetapkan supaya bantuan dapat disalurkan dengan efisien. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan:
Anak Jati Sarawak
- Pemohon merupakan anak kelahiran Sarawak atau sekurang-kurangnya ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang My Kad Sarawak.
Sedang Mengikuti Pengajian Sepenuh Masa
- Pemohon sedang mengikuti program di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi diiktiraf KPT Sama ada IPTA atau IPTS.
Disahkan Oleh Institusi Pengajian
- Permohonan yang dibuat mesti mendapat pengesahan rasmi daripada universiti atau kolej.
KESIMPULAN
Bantuan Kewangan Khas RM1,200 setahun ini adalah inisiatif terbaik kepada pelajar IPT yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan sokongan sampingan sepanjang tempoh pembelajaran. Ini penting supaya pelajar lebih fokus kepada pembelajaran tanpa perlu memikirkan beban kewangan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati bantuan khas yang disediakan khas oleh Kerajaan Sarawak demi masa depan pendidikan anda. Daftar sebelum 1 Jun 2025!
PENAFIAN
Artikel ini ditulis hanya sebagai rujukan untuk memudahkan pemohon membuat semakan awal sebelum membuat permohonan. Penulisan adalah berdasarkan sumber rasmi semasa tarikh artikel ini diterbitkan. Sebarang perubahan mengenai syarat kelayakan, permohonan dan tarikh adalah bergantung kepada pengumuman rasmi daripada pihak berwajib.
Sila rujuk portal rasmi Yayasan Sarawak atau menghubungi terus pejabat Yayasan Sarawak bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
- Laman Rasmi : https://myys.yayasansarawak.org.my/
- Email : [email protected]
- No Tel : 082-441686