LESEN JURULATIH SUKAN (SLKK): SEMAK KELAYAKAN PERMOHONAN
PENGENALAN LESEN JURULATIH SUKAN (SLKK)
Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan, atau lebih dikenali sebagai SLKK, adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Institut Sukan Negara (ISN). Tujuannya adalah untuk membangunkan sistem pensijilan jurulatih yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dengan struktur yang teratur berdasarkan tahap kompetensi dan pengalaman jurulatih. Jika anda berminat untuk menjadi jurulatih secara profesional sila semak kriteria yang diperlukan dibawah.
Baca Juga: Semakan PLKN 3.0 Siri 2
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Secara umumnya permohonan SLKK adalah terbuka kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi jurulatih. Namun, bagi memberi ruang kepada yang benar-benar berkelayakan beberapa syarat telah ditetapkan.
Berikut merupakan syarat asas yang diperlukan untuk memohon:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang sah dan mempunyai kad pengenalan (MyKad) yang masih aktif.
- Umur Minimum
- Umur minimum untuk memohon SLKK adalah 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
- Minat dan Komitmen Dalam Kejurulatihan
- Pemohon perlu menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang kejurulatihan sukan, termasuk kesanggupan untuk mengikuti latihan, kursus serta menyumbang kepada pembangunan atlet dan pasukan.
Kelayakan Mengikut Tahap Lesen
Untuk makluman, perlesenan SLKK terdiri dari beberapa tahap yang disusun mengikut kopitensi. Berikut merupakan syarat tambahan bagi setiap tahap:
Tahap 1 – Lesen Kejurulatihan Asas
Sesuai untuk: Jurulatih baru / belia / individu yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang sukan.
Syarat:
- Tamat pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
- Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
- Sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah.
- Lulus kursus asas yang ditawarkan oleh MSN, ISN atau persatuan sukan kebangsaan.
- Disarankan memiliki pengalaman sebagai atlet, walaupun di peringkat amatur.
Tahap 2 – Lesen Kejurulatihan Pertengahan
Sesuai untuk: Jurulatih berpengalaman di peringkat akar umbi, sekolah atau kelab.
Syarat:
- Memiliki Lesen Tahap 1 SLKK dalam sukan yang sama.
- Telah menjalankan tugas kejurulatihan minimum 2 tahun selepas lesen tahap 1.
- Mengikuti kursus lanjutan kejurulatihan dan lulus penilaian teori & praktikal.
- Dapat membuktikan penglibatan dalam program latihan atau kejohanan peringkat daerah atau negeri.
Tahap 3 – Lesen Kejurulatihan Lanjutan
Sesuai untuk: Jurulatih negeri atau kebangsaan yang melatih atlet berprestasi tinggi.
Syarat:
- Memiliki Lesen Tahap 2 sekurang-kurangnya selama 2 tahun.
- Terlibat secara aktif dalam program pembangunan sukan negeri atau kebangsaan.
- Menunjukkan prestasi jurulatihan melalui penglibatan dalam kejohanan kebangsaan.
- Lulus kursus lanjutan, termasuk modul sains sukan, psikologi sukan dan pengurusan latihan.
Tahap 4 – Lesen Profesional / Elit
Sesuai untuk: Jurulatih bertaraf tinggi yang melatih pasukan kebangsaan atau atlet antarabangsa.
Syarat:
- Memegang Lesen Tahap 3 serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan.
- Terlibat dalam pengurusan latihan dan strategi di peringkat antarabangsa.
- Menyumbang kepada pembangunan modul latihan atau sebagai fasilitator kejurulatihan.
- Menyediakan portfolio profesional kejurulatihan dan projek praktikal.
Nota Penting:
- Syarat SLKK mungkin berbeza sedikit mengikut jenis sukan, terutamanya dari segi tempoh pengalaman dan modul kursus.
- Kursus SLKK dikendalikan secara berkala dan boleh berbeza mengikut negeri atau pusat latihan.
- Hubungi MSN atau ISN untuk mendapatkan kalendar kursus terkini dan maklumat lanjutan tentang lesen lanjutan (Tahap 2-4).
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Semasa membuat permohonan, beberapa dokumen penting perlu disediakan oleh pemohon:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
- Salinan sijil akademik (SPM, diploma, ijazah)
- Sijil kejurulatihan terdahulu (jika ada)
- Surat sokongan dari persatuan/kesatuan sukan (jika berkaitan)
- Resume / profil pengalaman kejurulatihan
- Bukti penglibatan dalam sukan (gambar, laporan kejohanan, dan lain-lain)
KESIMPULAN
Dengan adanya Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK), kerjaya sebagai jurulatih kini menjadi lebih teratur dan profesional. Bagi anda yang bercita-cita untuk terlibat dalam dunia sukan secara serius, memenuhi syarat kelayakan untuk memohon SLKK adalah langkah penting untuk diiktiraf sebagai jurulatih sah di Malaysia. Dengan lesen SLKK, anda bukan sahaja diiktiraf secara rasmi, tetapi juga membuka lebih banyak peluang dalam bidang kejurulatihan, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa
PENAFIAN
Artikel ini disediakan sebagai panduan umum bagi individu yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan untuk memohon Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK). Semua maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan sumber terbuka dan rujukan rasmi pada waktu artikel ini ditulis. Syarat kelayakan, prosedur permohonan, dan struktur lesen SLKK mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila semak portal rasmi di https://isn.gov.my untuk maklumat lanjut.