LOGIN STR: (FASA 4 2025) SEMAKAN STATUS
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui pemberian tunai secara berperingkat sepanjang tahun 2025. Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ketahui cara login STR melalui portal rasmi untuk semakan status terkini Fasa 4 2025.
BACA JUGA : SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4?
Syarat kelayakan ditetapkan adalah mengikut kategori pemohon. Semak syarat yang ditetapkan di bawah:
- ISI RUMAH
- Kahwin atau;
- Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- BUJANG
- Bujang atau;
- Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2,500 ke bawah
- WARGA EMAS (TIADA PASAGAN)
- Bujang atau;
- Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5,000 ke bawah.
Nota: Pelajar sepenuh masa di IPTA dan IPTS tidak layak untuk membuat permohonan. Nama telah disenarai sebagai tanggungan kepada ibu/bapa/penjaga.
LOGIN STR FASA 4
Untuk melihat status terkini bantuan anda, berikut adalah langkah yang diberikan untuk membuat semakan STR Fasa 4:
1. LOGIN MELALUI PORTAL RASMI STR
Kerajaan telah menyediakan laman web rasmi bagi pemohon untuk menyemak status mereka. Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh login dan semak status STR secara online.

2. SEMAK STR MELALUI LOGIN PORTAL MYKASIH
- Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/.
- Tekan pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-).
- Dan tekan pada [Semakan Status].
- Maklumat terkini status anda akan dipaparkan.

3. MELALUI HOTLINE RASMI
Sekiranya menghadapi kesukaran dalam mengakses laman web, anda boleh menghubungi Hotline STR di nombor berikut:
- Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
4. HADIR KE CAWANGAN LHDN BERHAMPIRAN
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet atau mengalami masalah teknikal untuk login portal STR, boleh hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan untuk membuat semakan dan mendapatkan bantuan lanjut.
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
Pembayaran STR dilakukan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerajaan. Penerima akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan dan mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan diberikan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat. Berikut perinciannya:
| FASA AGIHAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA SATU (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
| FASA DUA (2) | 24 Mac 2025 |
| FASA TIGA (3) | 12 Ogos 2025 |
| FASA EMPAT (4) | Penerima Sedia Ada – Mulai 18 Oktober 2025 Penerima Tunai tanpa akaun bank – Mulai 21 Oktober 2025 Penerima baharu & rayuan – Mulai 13 November 2025 |
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak, kecuali melalui prosedur waris rasmi dengan surat pengesahan.
Ya, sebab tu kerajaan sering ingatkan supaya elak klik pautan luar selain portal rasmi.
Ya, boleh log masuk semula dan teruskan dari bahagian terakhir yang disimpan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Login STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]