JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 : (2026) SEMAK KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI BAGI YANG LULUS

JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 : (2026) SEMAK KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI BAGI YANG LULUS

Jumlah Bantuan STR Fasa 2 2026 menjadi persoalan utama dalam kalangan penerima yang ingin mengetahui kadar bayaran mengikut kategori kelayakan masing-masing. Bantuan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini diagihkan secara berperingkat bagi memastikan agihan lebih tersusun dan menyeluruh. Setiap kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang mempunyai kadar bayaran berbeza berdasarkan syarat yang ditetapkan kerajaan.

Artikel ini menghuraikan info terkini berkaitan jumlah bayaran, kaedah agihan serta cara semakan bagi penerima yang lulus.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN STR 2026?

Kelayakan bantuan STR 2026 masih berpandukan syarat asas sedia ada dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Penilaian dibuat bagi memastikan bantuan terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan mengikut kriteria pendapatan, status isi rumah dan tanggungan. Berikut syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Makluman: Bagi kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan, bantuan disalurkan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad.

BILA TARIKH BANTUAN STR FASA 2 DIKREDITKAN?

Bayaran STR tidak dibuat secara sekaligus, sebaliknya diagihkan mengikut beberapa fasa yang ditetapkan.

  • Fasa 1: Telah selesai dikreditkan
  • Fasa 2: Menunggu pengumuman rasmi
  • Fasa seterusnya: Akan dimaklumkan kemudian

Penerima disaran sentiasa memantau pengumuman rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan STR Fasa 2.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026

BAGAIMANA CARA BANTUAN STR FASA 2 DIAGIHKAN?

Jumlah bayaran bantuan STR Fasa 2 akan disalurkan melalui saluran rasmi yang ditetapkan mengikut jenis penerima. Kaedah ini bertujuan memastikan proses agihan berjalan lancar, selamat dan tepat kepada penerima yang layak. Butirannya seperti berikut:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BANTUAN STR FASA 2

Setakat ini, jumlah rasmi bayaran bantuan STR Fasa 2 2026 masih belum diumumkan. Jumlah bantuan STR Fasa 2 yang diterima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan serta had maksimum yang telah ditetapkan kerajaan. Bayaran Fasa 1 boleh dijadikan rujukan anggaran awal sementara menunggu pengumuman rasmi.

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
JUMLAH BANTUAN STR FASA 2

BAGAIMANA CARA SEMAK JUMLAH FASA 2 BANTUAN STR?

Status jumlah bayaran bantuan STR Fasa 2 boleh disemak melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Berikut adalah langkah lengkap semakan jumlah bantuan STR Fasa 2:

SEMAK JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK JUMLAH FASA 2 BANTUAN STR

SEMAK JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal web, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi rasmi kerajaan dengan syarat pengguna mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif bagi tujuan keselamatan maklumat.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Jumlah Bantuan STR Fasa 2 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK JUMLAH FASA 2 BANTUAN STR

PENDAFTARAN AKAUN BAHARU MYSTR

Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan, semakan serta kemas kini maklumat peribadi secara dalam talian. Berikut cara daftar:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN AKAUN BAHARU MYSTR

BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA ONLINE?

Pengemaskinian maklumat amat penting sekiranya terdapat perubahan pendapatan, status perkahwinan atau maklumat akaun bank. Tindakan ini dapat mengelakkan sebarang isu kelewatan bayaran atau masalah kelayakan. Rujuk langkah di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA ONLINE

BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN BAHARU

Permohonan baharu dibuka sepanjang tahun. Pemohon perlu memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat bagi melancarkan proses penilaian kelayakan.

  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN STR SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN BAHARU

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN STR SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah penerima Fasa 1 automatik menerima Fasa 2?

Kebiasaannya ya, selagi status kelayakan tidak berubah dan maklumat masih aktif.

Bagaimana jika bayaran tidak masuk ke akaun?

Penerima disarankan membuat semakan status terlebih dahulu melalui portal rasmi.

Adakah perlu memohon semula setiap fasa?

Tidak perlu, kecuali terdapat perubahan maklumat atau permohonan baharu.

Bolehkah buat rayuan jika tidak lulus?

Rayuan boleh dibuat tertakluk kepada tempoh dan syarat yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Jumlah Bantuan STR Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment