CHECK STATUS STR ONLINE : SEMAKAN BAYARAN BAGI FASA 2 2026

CHECK STATUS STR ONLINE : SEMAKAN BAYARAN BAGI FASA 2 2026

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, status bayaran Fasa 2 kini boleh check secara online. STR 2026 merupakan bantuan tunai yang disalurkan untuk golongan sasaran termasuk individu bujang, isi rumah miskin, dan miskin tegar bagi memastikan keperluan asas mereka terbela. Melalui kemudahan check secara online, penerima dapat memantau jumlah kelayakan, tarikh kredit dan memastikan bantuan diterima dengan lancar tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat kerajaan.

Info lanjut tersedia di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR?

Kelayakan bantuan STR 2026 masih berpandukan syarat asas sedia ada, dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Antara syarat utama termasuk:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

CARA BANTUAN STR DIBAYAR

Bantuan disalurkan melalui saluran rasmi mengikut jenis penerima untuk memastikan proses berjalan lancar dan selamat. Berikut butirannya:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA TARIKH STR FASA 2 DIKREDITKAN?

Bayaran Fasa 2 STR diawalkan dan telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026. Perinciannya seperti berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA TARIKH STR FASA 2 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 2?

Bagi STR Fasa 2 2026, jumlah bantuan adalah antara RM100 hingga RM600, bergantung kepada kategori kelayakan penerima yang terlibat. Butirannya seperti di bawah:

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 2
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 2

CHECK STATUS STR ONLINE

Penerima yang layak boleh check status STR Fasa 2 secara online melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my. Info lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Langkah check status STR online adalah seperti berikut:

CHECK STATUS STR ONLINE MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
CHECK STATUS STR ONLINE

CHECK STATUS STR ONLINE MELALUI MYGOV MALAYSIA

Status bantuan STR Fasa 2 juga boleh check secara online melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif sebelum boleh mengakses maklumat bantuan melalui aplikasi tersebut.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Check Status STR Online Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 2 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
CHECK STATUS STR ONLINE

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?

Bagi memudahkan check status dan kemas kini maklumat STR secara online, pemohon baharu serta penerima sedia ada disarankan untuk mendaftar akaun MySTR. Langkah-langkahnya seperti di bawah:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

KEMASKINI MAKLUMAT STR ONLINE

Penerima dinasihatkan untuk membuat pengemaskinian maklumat sekiranya terdapat perubahan. Ini bagi memastikan bayaran bantuan dapat disalurkan tanpa sebarang masalah. Ikuti langkah ringkas berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR ONLINE

PERMOHONAN ONLINE STR 2026

Individu yang layak memohon boleh membuat permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN ONLINE STR 2026

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah STR Fasa 2 tertakluk kepada penilaian semula penerima?

Tidak secara keseluruhan, hanya jika terdapat perubahan status pendapatan atau perkahwinan, maklumat akan dikemaskini sebelum bayaran dikreditkan.

Bolehkah penerima menolak bayaran STR jika tidak memerlukannya?

Secara amnya, tiada pilihan untuk menolak bayaran kerana ia dikreditkan secara automatik berdasarkan rekod MySTR.

Adakah STR Fasa 2 boleh diagihkan kepada orang lain?

Bantuan hanya sah untuk penerima yang didaftarkan, penyaluran kepada pihak ketiga tidak dibenarkan.

Bagaimana kerajaan mengesahkan penerima benar-benar layak?

STR menggunakan data eKasih, LHDN, dan pengesahan MySTR untuk memastikan penerima memenuhi syarat kelayakan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Check Status STR Online ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment